“24 Tahun Guna Contact Lens Beri Kesan Pada Kornea Mata.” Lisa Surihani Kongsi Cerita Jalani Rawatan Lasik!

Share

Berhati-hati apabila memakai kantap pelekap atau contact lens kerana ia boleh memberi kesan jika lama dipakai. Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Lisa Surihani baru-baru ini selamat menjalani rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan. Isteri kesayangan aktor Yusri Abdul Halim ini berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya lisasurihani

.
Menurut Lisa, penggunaan kanta lekap selama 24 tahun memberikan kesan pada bahagian kornea matanya.

“Ini adalah gambar Lisa masa buat pemeriksaan mata 12 Disember 2019 yang lepas di @profmuhayaeyelasikcentre.

“Untuk yang tidak tahu, Lisa nak buat Flapless pada hari tersebut tapi nak dijadikan cerita, Lisa perlu tangguhkan pembedahan tersebut. Nak tahu sebab apa?
“Sebab… Penggunaan ‘contact lens’ bertahun- tahun ni (24 tahun guys) dah memberi kesan kepada struktur kornea Lisa!
Terdahulu, Lisa pernah memberitahu dia menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun untuk penglihatan lebih jelas.

“Tapi… Alhamdulillah Lisa berjaya juga melalui pembedahan Flapless setelah menjalani sesi terapi mata yang membantu struktur kornea Lisa kembali normal!” tulisnya menerusi kapsyen di dalam instagram sambil memuat naik sekeping gambar.

IKLAN