Pejam celik, anak pula semakin membesar. Sesungguhnya anak adalah umpama kain putih, jika salah mencorakkannya, ia memberi kesan kepada kehidupannya apabila dewasa nanti.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
Ini cara nak jadi ibu bapa yang awesome!
1.Teladan
Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
Ads
2.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
3.Tunjukkan kasih sayang
Ads
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
4.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Ads
Semoga menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengajar anak untuk lebih berdisiplin memang kita sebagai ibu bapa kena ekstra sabar dan ekstra usaha.
Tapi tidak semua mampu berbuat demikian sepanjang masa. Sampai masa dan ketikanya pasti kita akan tinggikan suara sampai tahap menjerit dek kerana anak-anak tidak mendengar kata.
Andai perkara ini sentiasa kita lakukan, tentu sakit tekak juga dibuatnya. Jadi ketahui cara yang lebih mudah untuk disiplinkan anak-anak sebagaimana yang dikongsikan oleh Ummu Ilham ini. Jom semak.
#tip1 Disiplin datang dengan latihan rutin
Agak sukar mendisiplin anak-anak tanpa rutin. Cuma suka saya tekankan, rutinkan anak dengan solat dulu terutamanya Solat Subuh. Solat Subuh penting supaya mereka memulakan hari awal. Kemudian baru masuk disiplin-disiplin asas hidup seperti, kemas katil, basuh baju, mandi, gosok gigi, kemas rumah dan sebagainya.
Bila kita kata rutin, maksudnya jangan bagi peluang anak skip. Kena latih juga. Disiplin maksudnya bukan pakai baju sama pergi sekolah, pakai kasut sama pergi sekolah, angguk-angguk saja arahan orang. Disiplin adalah attitude, bukan kosmetik.
#tip 2Disiplin datang dengan visual model
Kalau ibubapa jenis disiplin, bangun pagi, solat, jaga masa, tepati masa, anak akan ikut juga. Cabaran besar kita adalah menepati masa. Ibu-ibu yang ada anak kecil akan menghadapi masalah ini untuk mengurus anak dan sampai dengan tepat. Jadi, kita rutinkan juga diri sendiri mengurus masa, kita akan lebih berdisiplin dan anak akan ikut juga.
#tip3Anak lambat respon, apa nak buat, jerit baru jalan.
Ini bukan berlaku kepada ibubapa lain saja, ia juga berlaku kepada saya. Penting untuk ada social story pada setiap malam. Contoh:
“Kakak esok, kena bangun awal, solat Subuh baru mandi semua pergi sekolah. Tak boleh mengamuk, tak boleh marah, ummi kejut terus kena bangun”.
Ini kena buat setiap hari. Tanpa gagal. Satu lagi, ikut pengalaman saya, anak susah bangun pergi sekolah bila dia rasa sekolah tidak seronok dan tiada kawan baik. Penting ibu tahu siapa kawan baik anak dan bantu anak establish hubungan.
Ada anak didik saya begini. Sudah lama saya detect. Namun, saya masih ambil masa mencari rakan yang sesuai untuk menjadi kawan baiknya. Memang anak didik saya bermasalah bangun pagi. Tidak seperti anak-anak saya. Anak-anak saya sangat excited bangun pagi, gembira. Macam semua tentang Loppy Academy semua yang menggembirakan.
#tip4 Set minda kita yang anak akan ambil masa proses arahan.
Sekiranya anak kita jenis cepat tangkap setiap arahan, memang setiap tugasan itu lebih cepat. Namun jika anak kita jenis ada masalah fokus, cepat terganggu kena beri arahan satu-satu. Anak saya ada yang begini. Kasihan anak kita. Jangan herdik pula bila lambat. Bila sudah set minda, kita akan lebih tenang.
Kita akan sangka baik dengan anak. “Oh, anak saya sukar fokus jadi lambat. Oh, anak saya cepat terganggu, jadi sukar dengar arahan” Ayat-ayat begini membantu kita bersangka baik dengan anak dan membantu mereka membina disiplin, bukan marah dan jerit. Ia akan kekal pada ketika itu saja, ia tidak menjadi habit atau tabiat.
#tip5Rasa nak jerit juga, stress anak-anak susah nak berdisipin!
Boleh jerit. Jeritlah. Tapi bukan depan anak. Masuk bilik air kunci. Masa rasa stress jangan beri arahan pada anak. Pergi jerit dulu dalam bilik air. Sampai puas, sampai penat, sampai nak keluar anak tekak, baru handle anak, beri arahan. Anak tidak dapat info yang perlu jika kita marah-marah dan jerit-jerit. Kadang-kadang mereka pun tidak faham kenapa mereka kena marah atau jerit?
Jadi, stabilkan emosi dulu baru beritahu apa sebenarnya anak kena lakukan.
#tip6 Banyakkan memuji perbuatan atau usaha. Saya tahu ibubapa sibuk. Kadang-kadang nak peluk anak pun tak sempat. Apa lagi nak puji. Jadi setkan beberapa waktu rutin peluk dan puji perbuatan anak yang melatih disiplin jika tidak sempat memuji terus selepas perbuatan itu dilakukan.
Macam saya, 1) Selepas solat 2) Dalam kereta 3) Masa mahu tidur
Kesannya lain. Ini penting terutama ibubapa SERIUS. Yang tidak tahu memanjakan anak. Kasihan anak. Saya ada jumpa kanak-kanak begini. Patutlah beliau sangat suka dengan guru yang selalu ketawa dan memuji.
Saya sudah lalui semua. Alhamdulillah, banyak perubahan. Terutama solat. Disiplinkan anak solat bukan senang. Tapi berbaloi bila anak kita kadang-kadang solat tanpa perlu diingatkan.
Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.
DIDIK ANAK BERDOA
Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.
Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.
Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.
Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas. Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya: 1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. 2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan. 3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan. 4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab. 6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat! 7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Selamat mencuba!
Kredit: Alosnida Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.