5 Warna Ini Paling In Untuk Tampil Sedondon Di Hari Raya

Share

Wah, nampaknya ramai yang sudah mula merancang busana yang bakal digayakan Aidilfitri tahun ini. Rekaan dan rona menarik dengan variasi fabrik dan jahitan berkualiti, koleksi baju melayu, baju kurung, jubah dan tudung, samping serta songkok pasti memenuhi citarasa dan keperluan anda sekeluarga. Di MYDIN, segalanya mudah untuk anda!

Sudah pasti penampilan sedondon menjadi pilihan ramai keluarga. Jadi, anda sekeluarga tidak perlu tercari-cari kerana di gedung pilihan ramai MYDIN, pelbagai pilihan busana indah dan menawan tersedia untuk anda! Dalam mencari busana yang sesuai, pilihan warna memainkan peranan. Jom cuba tip di bawah ini:

  1. Biru

Anda keluarga yang cool dengan gaya eksklusif rona biru ini. Pilihan fabrik juga patut dititkberatkan. Pilih yang tidak mudah kedut kerana rona terang sebegini membuatkan baju anda mudah nampak andai berkedut. Jadi, tidak ada masalah untuk keluar beraya biarpun sampai ke petang.

 

  1. Ungu

Ungu antara warna yang menjadi pilihan saban tahun, baik ungu lembut mahupun gelap.Tidak perlu satu tona warna untuk sedondon. Baru nampak variasi, sedikit sentuhan rona tersebut pada busana anak mahupun ibu sudah memadai. Sebagai contoh, gandingan busana rona ungu gelap ini bersama rona grey

menyempurnakan penampilan anda sekeluarga.

 

  1. Merah

Cukup terang dan dari kejauhan sudah kelihatan, namun merah antara warna yang sentiasa ‘in’. Selain baju kurung, si ibu boleh cuba gayakan dress potongan moden yang ditambah dengan taburan manik mahupun sulaman ringkas. Jangan terlalu sarat kerana warna sudah menyerlahkan penampilan anda sekeluarga.

4. Pastel

Pastel merupakan warna yang cukup sesuai dan manis untuk digayakan. Warnanya yang lembut mudah untuk digandingkan bersama dengan aksesori, khususnya hijab. Nak lagi menarik cuba selendang dari Mikayla yang terdiri daripada fabric jenis chiffon, Crepe mahupun sutera. Sesuai dan mudah untuk digayakan.

  1. Coklat

Rona ini sesuai dipadankan dengan semua jenis warna.Pilihan fabrik jenis chiffon yang ditaburi manik menyerlahkan gaya ibu dan anak. Fabrik jenis ini tidak mudah kedut  apabila dipakai waktu solat selain senang digosok dengan menggunakan steam iron.

 

 

 

 

 

 

IKLAN