Membawa anak berkunjung ke rumah saudara pada musim perayaan ini pastinya menjadi kewajipan. Boleh dikatakan seharian kita akan berada di jalanan untuk proses berkunjung ini.

Sesuatu yang perlu kita fikirkan adalah soal anak-anak kita yang masih kecil. Menjaga mood mereka antara yang kita wajib ambil tahu bagi memastikan kunjungan raya kita lebih lancar. Malah lebih gembira sepanjang kunjungan.

Tapi bukan hanya mood, ada 6 perkara lagi yang ibu ayah wajib tahu. Baca perkongsian ahli terapi kanak-kanak, Liyana Raya yang cukup bermanfaat untuk kita semua.


Beritahu anak unttk ‘expect the expected’ ketika aktiviti menziarahi saudara mara dan rakan taulan di hari lebaran.

6 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Bila Bawa Anak Beraya Rumah Saudara,  Ahli Terapi Kanak-Kanak Ini Kongsikan Tipnya, Take Note Ya!

Sebelum memulakan langkah untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan di hari lebaran, seeloknya kita bercerita tentang apakah tingkah laku yang ‘expect’ anak-anak untuk buat apabila di rumah orang.

IKLAN

Tingkah laku yang kita ‘expect’ ini sepatutnya diceritakan dalam bentuk yang positif dan kalau boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ terlalu banyak.

  1. Sentiasa update kepada anak kita hendak ke rumah siapa. Di rumah sekian2 ‘orang’,be specific tentang perkataan ‘kena behave’. Sebagai contoh,masa masuk rumah orang kena SALAM.
  2. 6 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Bila Bawa Anak Beraya Rumah Saudara,  Ahli Terapi Kanak-Kanak Ini Kongsikan Tipnya, Take Note Ya!
    Sekadar gambar hiasan.

2. Dah salam,duduk dengan mak ayah jika mak ayah duduk. Jika anak masih kecil dan didapati anak hendak bergerak,mulakan langkah segera dengan membawa anak keluar seketika dan ibu ayah bergilirlah menjaga anak. Kita risau ada kemungkinan anak akan mengganggu peralatan di dalam rumah orang yg akhirnya boleh merencatkan suasana perayaan itu sendiri.

3. Pesan kepada anak, kalau nak apa-apa….. beritahu. Hatta nak pinjam mainan anak tuan rumah sekalipun. Di sini ibu ayah memainkan peranan yang sangat besar. Mulakan langkah dengan meminta izin kepada anak si tuan rumah.

IKLAN

Jika anak tuan rumah tak nak bagi, beritahu anak kita supaya tengok dulu mcm mana anak tuan rumah main mainan tersebut. Puji anak tuan rumah tentang cara dia main. Puji dan terus puji. Anak tuan rumah ni pun… makin dipuji makin suka dia nak berkongsi. Minta untuk dikongsikan bersama sambil ajar anak kita main sama mcm anak tuan rumah main.

4. Memang perlu ya kita layankan anak kita ketika di rumah orang walaupun pada hari lebaran kerana nanti anak akan kempunan nak minta perhatian ibu dan ayahnya.. maka ada saja tingkah laku ‘unexpected’ yang akan dijalankan oleh mereka sendiri. Paling risau, tingkah laku ‘unexpected’ ini adalah merosakkan barang2 tuan rumah.

5. Jika anak masih kecil,sediakanlah permainan sendiri yang boleh ‘occupied’ kan anak. Bagi anak yg sudah besar,boleh berikan mereka tugasan ringkas seperti mengangkat dulang dari dapur atau ke dapur,menolong mengemas sedikit bagi membantu mereka mengisi masa mereka juga.

IKLAN

6. Beritahu anak supaya tidak meminta duit raya atau pertikaikan duit raya yang diberi oleh tuan rumah di hadapan tuannya sendiri. Sentiasa ingatkan yang duit raya hanyalah satu pemberian. Ada orang bagi banyak,ada orang bagi sikit.

Ucap terima kasih dan salam lalu simpankan saja sampulnya dalam beg. Nanti dah sampai rumah baru buka. Ibu ayah berperanan penting utk beritahu nanti balik rumah kita tengok ‘surprise’ duit raya ya….. dan balik rumah,buatlah intonasi ‘surprise’ duit raya mcm cerita ‘surprise egg’ dalam youtube tu…….

Semoga lebaran kali ini menjadi contoh terbaik untuk anda berikan kepada anak-anak untuk membentuk tingkah laku positif ketika di rumah orang.

Kredit: Liyana Raya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI