Membahagiakan pasangan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Lebih manis apabila suami menghargai jaga isteri menguruskan rumahtangga.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang suami yang telah terpisah selama tujuh bulan dengan membuat kejutan buat isteri dengan membawa keluar makan malam menaiki sebuah kereta mewah jenama Ford Mustang.

REZEKI TIDAK SALAH ALAMAT

Pada awalnya niat dihati untuk sewa sempena menghargai isteri walaupun menyedari harganya agak mahal namun rezeki tidak pernah salah alamat. Penyewa kereta membenarkan menggunakan kenderaan tanpa bayaran.

Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, menyewa kereta itu khas untuk membawa isterinya Norhariyanti Abu Bakar, 38,

“Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.

“Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.

IKLAN

7 Bulan Terpisah Akibat Covid-19, Sanggup Sewa Kereta Mewah Hargai Isteri Urus Keluarga. Sweet! 7 Bulan Terpisah Akibat Covid-19, Sanggup Sewa Kereta Mewah Hargai Isteri Urus Keluarga. Sweet!

BUAT KEJUTAN BALIK RUMAH SELEPAS 7 BULAN

 

Dalam pada itu, Shahruddin merahsiakan kepulangannya ke kampung halaman disebabkan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya.

IKLAN

Alhamdulillah,Sujud syukur..
Akhirnya. Segala penantian Berakhir disini.
Akhirnya berjaya suprisekan wife. Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya. Mungkin sebab dia kenal sweater tu.
 Dua tiga kali wife tanya “betul ke, betul ke”

Sebab tu saya tepuk pipi dia cakap yg dia bukan bermimpi. Ini betul-betul.

Setelah disahkan negatif Covid19 petang tadi.Dapatlah saya bertemu anak & isteri saya.. Rindu yg teramat sangat hanya tuhan yg tahu.
Tengok anak kecil saya, mereka semua takot melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa..

Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula.. tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung..

IKLAN

Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah..
Berlinang air mata seorang ibu yg penuh
dengan kerinduan..
Tak putus² mulut beliau mengucapkan rasa syukur..
Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah 2x raya dan hampir 7 bulan tak dapat pulang..

7 Bulan Terpisah Akibat Covid-19, Sanggup Sewa Kereta Mewah Hargai Isteri Urus Keluarga. Sweet!

Menurut Shahruddin, dia mengambil cuti tiga minggu dan akan kembali semula ke singapore pada Isnin minggu hadapan.

Alhamdulillah,Sujud syukur..Akhirnya..Segala penantian Berakhir disini.Akhirnya berjaya suprisekan wife..Walaupun masa dekat pintu pagar dia macam dah perasan muka saya..Mungkin sebab dia kenal sweater tu..Dua tiga kali wife tanya "betul ke, betul ke"Sebabtu saya tepuk pipi dia cakap yg dia bukan bermimpi.. ini betul²..Setelah disahkan negatif Covid19 petang tadi.Dapatlah saya bertemu anak & isteri saya.. Rindu yg teramat sangat hanya tuhan yg tahu.Tengok anak kecil saya, Mereka semua takot melihat saya kerana mereka anggap saya orang asing sebab dah lama tak jumpa..Video emak saya melihat saya dalam keadaan terkejut pula.. tidak dapat saya kongsikan kerana mak saya tak sempat pakai tudung..Mak saya menangis sambil melutut dan menadah tangan berdoa kepada Allah..Berlinang air mata seorang ibu yg penuh dengan kerinduan..Tak putus² mulut beliau mengucapkan rasa syukur..Beliau seperti tidak sangka kepulangan saya setelah 2x raya dan hampir 7 bulan tak dapat pulang..———————————————-*Diatas permintaan ramai yang meminta untuk saya sharekan video suprise ni..So saya share jugak walaupun kualiti video kurang menarik..

Posted by Eddie Dieana on Tuesday, October 6, 2020

Pastinya momen manis bersama isteri, anak-anak dan keluarga akan diluangkan sebaik mungkin.

Sumber: Eddie Dieana