“7 Tahun Berlalu, Kehilangan Paling Sakit Pernah Saya Lalui” – Datuk Seri Vida

Share

Umum mengetahui usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pernah kehilangan dua anak lelakinya akibat maut dalam kebakaran.

Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terkenang semula cahaya matanya iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie dan menyifatkan kehilangan tersebut adalah perkara menyakitkan sepanjang kehidupannya.

“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya.

“Al-Fatihah buat kedua putera saya Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya.

Hantaran itu memaparkan video kompilasi gambar Vida bersama anak-anaknya selain beberapa tangkap layar laporan berita berhubung tragedi berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikutnya turut berkongsi perasaan sebak dengan menitipkan doa buat kedua-dua Allahyarham.

Terdahulu, arwah Zuhdie dan Zikrie masing-masing berusia 11 serta 10 tahun ketika kejadian meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh.

Vida kini meneruskan kehidupan bersama dua lagi anaknya Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Eric Zakuan (Kacak) yang semakin meningkat remaja.

Sumber: Instagram Vida

 

IKLAN