Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya. “Anak Nana sekarang 12 tahun dan sedang bersekolah, aktivitinya agak penuh dan tak banyak masa lepak. Kalau tak ganggu waktu belajar juga saya akan bawa dia sekali untuk turun lihat saya buat show.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya . dia jenis yang tak boleh terlampau ‘push’. Kalau time dia nak main game jadi saya beri kelonggaran supaya dia tak stress. “Saya jenis ibu yang sempoi, saya bukan jenis ibu yang mahu anak membanggakan ibu, sebaliknya saya mahu dia belajar benda yang baik. “Soal pengganti saya tak fikirkan ganti, belum ada calon dan kalau ada jodoh saya terima. Rayyan juga sporting dan memahami ibunya kerana bertahun-tahun hidup dengan saya tanpa kehadiran bapa. Dia tak pernah rasa kurang kasih seorang ayah memandangkan ramai yang menjadi ‘abah’ untuknya,”ujar Nana lagi
Namun, hati ibu mana yang tidak sedih, jiwa ibu mana yang tidak pilu bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bertanyakan ayahnya. Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan. “Rayyan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.
Ads
“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya. “Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.
Ads
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
Ads
“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Karpet atau permaidani memang cantik apabila diletakkan di ruang tamu. Selain ruang lebih kemas dan menarik, penggunaan karpet juga dapat menutupi ruang di satu satu kawasan di dalam rumah.
Tetapi yang lecehnya apabila nak mencuci karpet tersebut. Terutama bagi yang bersaiz besar, menyebabkan kita lebih suka hantar ke dobi.
Tetapi bayaran yang dikenakan agak mahal, walaupun saiz karpet kecil sahaja.
Harini akak nak share tips cuci carpet gune mesin..
Carpet yg akak gune jenis dipijak lembut.. Bukan jenis material berbulu..
Sebelom ni akak penah anta ke kedai dobi untuk basoh karpet.. Entah kat mane silap nye.. Carpet tu jadi rosak.. Xgebu.. Die punye foam material dalam carpet tu jadi berketul2.. Perasaan akak time tu.. Memang frust.. Bayar mahal carpet pulak rosak.. 😩
Kemudian, akak search google.. Care basoh carpet dan tak merosakkan material karpet..
Setelah setahun lebih akak praktik kan.. Karpet akak pon still gebu.. Dan jimat duit dr hanta ke dobi..
Kat sini akak Nak kongsikan cara2 nye.. selamat mencube.. 😊😍
Maklumat tambahan:-
Saiz mesin : 13kilo
Saiz karpet : lebar 2seater sofa
Ketahan mesin : selame pakai setahun lebih ni.. Mesin okay lagi.. Alhamdulillah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati.Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang tersayang sakit. Jika diberi pilihan, pasti si ibu mahu penyakit itu berpindah milik. Namun ketentuan Tuhan tak siapa yang mampu menghalang.
Bagi pelakon Lana Nordin yang baru melahirkan anak kedua, tiada apa yang diharapkan selain melihat anaknya itu kembali sembuh.
William Daud Mckienzie, tiga bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
Lana berkata, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.
“Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.
“Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Katanya, masalah dialami anaknya membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.
“William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
“Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak,” katanya.
Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.
“Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.
“Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti,” katanya.
Dalam waktu sama, Lana turut memberitahu memandangkan situasi kesihatan William tidak menentu, dia sekeluarga akan menetap lebih lama di sini.
“Saya bersedia untuk kembali bekerja. Kepada mana-mana produksi atau pengarah yang mahu melamar, mereka boleh terus menghubungi saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tukar duit rosak BNM: Duit dimakan anai-anai, koyak atau berlubang masih boleh dibawa ke bank untuk penilaian. Ini aliran proses, “rule of thumb” nilai gantian, dan tip penting sebelum anda ke kaunter.