Ada Ijazah Tapi Tak Malu Mohon Jawatan Cleaner, Pemilik Syarikat Ini Terkejut!

Share

Kagum! Bukan semua orang akan rendah diri dengan bekerja sebagai pencuci atau cleaner jika mempunyai kelulusan universiti.

Malah ada sanggup menganggur bertahun atas alasan tiada pekerjaan yang sesuai.

Namun berbeza dengan kisah ini, seorang pemilik syarikat terkejut apabila mendapati pemohon jawatan cleaner adalah lulusan universiti.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini.

___________

Petang tadi HR kami bawa resume seorang adik ini. Ada degree, namun pilih nak jadi cleaner. Termenung jugalah saya memikirkannya.

Kami memang duk cari cleaner ini dah sebulan lebih. Susah bukan main. Dan banyak jawatan lain dah pun berisi.

Saya cakap dengan team, orang ini harus diperhalusi. Orang yang tak memilih ini petanda dia super rajin. Bukan senang zaman sekarang ini nak jumpa orang-orang yang ada sijil namun ada adab dan merendah diri begini.

Zaman ini, asal pandai sahaja itu tiket nak kurang ajar.
Asal bijak sahaja, itu tiket nak melawan dan bertempur.
Asal hebat belajar sahaja, itu tiket nak marah maki sesiapa yang ada.

Iya bukan semua, namun ia semakin majoriti. Menakutkan.

Kawan-kawan,

Jika kalian jumpa orang begini, ambil! Dia mungkin ada sesuatu yang kita cari.

Bismillah!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad,

IKLAN