Ada Je Lebihan Nasi, Buat Cucur Nasi Ni. Rasanya Sedap Lemak Manis!

Share

Mencuba rasa hidangan cucur yang menggunakan nasi mungkin jarang-jarang pernah kita merasanya berbanding cucur bawang atau bilis.

Menurut Yatie Eimra, anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini.

Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.

Cucur Nasi Lemak Manis

Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.

Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.

Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.

Cucur Nasi Lemak Manis


=====================

1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt

Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.


2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.


3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.


4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.


5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)

Sumber : Yatie Eimra

 

IKLAN