“Ada Kawan Baru Untuk Bersolek & Pilih Pakaian.” Biasa Dikelilingi Adik-Beradik Lelaki, Sarimah Ibrahim Akui Teruja Bakal Timang Anak Perempuan.

Share

Kehadiran cahaya mata melengkapi kehidupan pasangan suami isteri. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.

Dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan.

“Sejujurnya, saya rasa sangat teruja untuk mendedahkan jantina anak kerana ramai sahabat dan rakan media ingin tahu.

“Kandungan saya pun sudah mencecah usia lapan bulan. Jadi, majlis pelancaran produk saya di Shopee ini digunakan sebagai kesempatan yang baik untuk mendedahkan berita gembira yang dinanti-nantikan,” kata Sarimah.

Berita gembira itu dikongsikan sempena di majlis pelancaran produk ‘Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee’ serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana dua hari lepas.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur dan teruja tatkala mengetahui bakal menimang anak perempuan.

“Saya dan suami sangat bersyukur kerana bakal menerima kehadiran puteri dalam hidup kami.

“Alhamdulillah lepas ni saya akan ada kawan baru untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan juga pilih pakaian.

“Di dalam keluarga,  saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Adik saya semuanya lelaki. Jadi, saya dah terbiasa dengan lelaki.

“Saya tak sangka pula saya sedang hamil anak perempuan. Saya rasa sangat teruja dengan berita gembira ini,” katanya lagi.

Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

 

 

IKLAN