Adakan Majlis Kesyukuran ‘Baby A’, Penampilan Madammu Berhijab Dipuji Cantik & Berseri!

Share

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Terbaharu usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah selamat menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena kandungan anak sulungnya, pada hari Jumaat yang lalu.

Difahamkan seramai 180 orang tetamu yang menjadi tulang belakang kejayaan perniagaan Noir Health & Beauty Sdn Bhd, disamping ahli keluarga turut sama memeriahkan majlis berkenaan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Meskipun jemputan tidaklah begitu ramai, namun suasana majlis yang sarat dihiasi dekorasi indah berlatarkan rona ungu menjadikan majlis tersebut cukup gah dan istimewa buat setiap hadirin.

Tidak dengan itu, penampilan Madammu dalam persalinan warna ungu dengan imej Muslimah, nyata memukau pandangan. Bukan sahaja terlihat sopan malah aura dan kelembutan wajah seorang ibu terserlah keseriannya.

“Masjils kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen di instagramnya sekali gus memberi isyarat bahawa anak yang dikandung berusia 3 bulan itu akan diberi nama dengan pangkal huruf A.

Selain itu, melalui platform yang sama kelibat salah seorang anak tirnya iaitu Ahmadi yang sama-sama mengiringi perjalanan masuk ke dewan majlis turut mencuri tumpuan umum. Dia yang mengenakan jubah rona putih siap lengkap berkupiah sentiasa ada di sisi Madammu bahkan berkali-kali menoleh kebelakang bagi memastikan segalanya baik-baik sahaja.

 “Bodyguard madam steady jer”

“Son im proud of u…selalu jadi anak baik ya Ahmad”

 

 

Cantiknya Madammu…Nampak Berseri Sangat

Meninjau di ruangan komen, netizen tidak henti-henti memuji kecantikan Madammu di majlis kesyukuran tersebut dan disertakan dengan ucapan yang positif. Apatah lagi melihat penampilan yang sopan anggun bertudung, ramai menitipkan doa yang baik-baik untuk Madammu terus kekal bertudung selepas ini.

“Alhamdulillah suka tengok Madammu.”

“Semoga suatu hari nanti Madammu kekalkan berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.”

“Cantiknya madam, berseri-seri.”

“Semoga sihat selalu dengan baby sihat.”

“Ya Allah, cantiknya bila pakai tudung macam ni”

Terdahulu Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan mengandung selepas lima bulan menjalani rawatan in vitro fertilization (IVF) bermula daripada bulan April 2022.  Sejak detik itu, Madammu secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : eriyca.baiduri

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN