“Adik Sayang Mama Sangat” Ibu Juruterbang Nahas Pesawat Sebak Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Anak

Share

‘Adik sayang mama sangat-sangat’.

Itu kata-kata terakhir juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, yang masih tergiang-ngiang di telinga ibunya, Mahanom Ismail, 67.

Menurut Mahanom, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini ,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Allahyarham Shahrul Kamal antara 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam hari ini.

Tambah beliau, Allahyarham merupakan seorang anak yang manja dan kehilangannya pasti dirindui keluarga.

Untuk makluman, Allahyarham Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun.

Sumber: Utusan Online (Iskandar Shah Mohamed),

IKLAN