Agar-agar Roti, Buat Seloyang Sekejap Je Habis. Ni Resipinya!

Share

Melihat makanan penuh warna warni, tentu sahaja membuatkan anak-anak kita teruja untuk menikmati hidangan ini.

Apatah lagi jika dihidang sejuk, memang cukup menyelerakan untuk dinikmati.

Menariknya lagi menu ini, bolehlah juga dijadikan idea bila kita terlihat roti masih berbaki dan menghampiri tarikh luput. Daripada membazir terbuang, elok dijadikan Agar-agar roti.

Nak tahu resipinya, ikuti perkongsian ini.

Roti kalau dah dekat nak expired, daripada membazir lebih baik buat agar-agar roti. Seloyang tu sekejap je boleh habis.

Ariana nak share resepi agar-agar roti traditional, pasti mengimbau kenangan lama. Ehhh! Tajuk taknak kalah.

Resepi Agar-Agar Roti Traditional

Bahan-bahan :

4 keping roti
1 cawan susu cair
3/4 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1sk esen vanila
=======================
3 1/2 cawan air
12g agar-agar kering
3/4 cawan gula
1 sudu butter

Cara penyediaan :

1.  Mula-mula blend roti, telur,susu cair, susu pekat, air dan esen vanila.

2. Blend sampai sebati dan hancur.

3. Dalam periuk masukkan air dan gula, kacau sampai sebati.

4. Masukkan agar-agar kering dan kacau hingga agar-agar hancur.

5. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati.

 

6. Masukkan butter dan kacau sebati.Masak sehingga sebati. Jangan terlampau pekat.

7. Bahagikan kepada 3 adunan. Boleh tapis dulu adunan. Tak kisah nak letak warna apa boleh.

8. Tuang dalam loyang 9″ nak tebal sikit guna loyang 8″. Lepas tu lorek dengan lidi.

9. Tunggu hingga sejuk atau pejal dan sedia untuk dinikmati.

sumber : Ariana Sofia Ahmad via MAHN

IKLAN