Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Peach, Rasa Masam Manis Memang Sedap Dan Mudah Nak Buat.

Share

Bila kena duduk di rumah akibat PKP tentu anak asyik ke dapur aje mencari makanan atau kudapan. Maklum lah jika tidak ke mana-mana tentu rasa lapar aje.

Bagi yang belum ada idea lagi untuk hidangan buat keluarga apa kata cuba masak agar-agar sedut ini, Agar-agar sedut oren sunquick oleh puan Yatie Eimra ini memang sedap. Makan waktu sejuk memang rasa enak sekali. Jom buat!

Agar² sedut oren sunquick & peach

Kami sekeluarga memang suka agar² sedut oren & pic ni..nak² makan sejuk², rasa nyaman jer kat tekak. Sedap dimakan macam tu je atau boleh gak dimakan bersama susu cair mahupun susu segar..

Agar² tali yang dipotong pendek gak lebih mudah larut walaupun korang tak rendam dulu. Bagi yang nak cuba, ni saya sertakan resipi gunakan cawan penyukat standard

Bahan-bahan:

2 sudu makan agar² tali (dipotong pendek)
2 sudu makan gula (saya guna 1½ sudu jer)
1 cawan air
1 cawan air gula pic (dalam tin)
2 sudu makan oren sunquick
Sedikit buah pic dalam tin – dipotong kecil

Cara:

1. Masak agar² tali bersama gula & secawan air hingga larut. Matikan api.
2. Tambahkan air gula pic & pati oren sunquick. Gaul sebati.
3. Sediakan bekas & masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Curahkan larutan agar². Sejukkan hingga agar² mengeras.

TIP

Tips ni bagi yang nak guna serbuk agar². Sukat agar² serbuk ½ sudu kecil (sudu penyukat standard) kemudian buang/keluarkan secubit agar² tadi. Ataupun boleh juga sukat gunakan sudu kecil kfc (ratakan), kemudian buang secubit gak. Kalau taknak buang sikit serbuk agar² tu pun takpe, tapi tekstur agar² korang akan lebih firm sikit je pun.. Agar² sedut ni xpayah kunyah², telan jer terus.. aaa.. tapi potongan buah nyer tu jangan terus ditelan lak, tercekik lak kang

Jika sukat gunakan cawan minuman teh/kopi, gunakan 1¼ cawan air & 1¼ cawan air gula pic.

Gunakan bekas yang lebar & jangan tuang terlalu banyak/tebal kalau nak cepat keras

Agar² ni saya masukkan dalam 2 bekas sebab nak cepat keras. Dalam 45-60 minit dah mula mengeras & boleh dinikmati cumanya tak berapa sejuk la

P/S: Gandakan sukatan sendiri ye kalau nak buat banyak. Selain buah pic, boleh gantikan nanas dalam tin ataupun potongan buah mangga, memang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Yatie Eimra

IKLAN