Air Barli Halia, Sesuai Sejukkan Badan Panas & Demam. Anak Kecil Pun Boleh Minum! Ini Caranya

Share

Bila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.

Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!

AIR BARLI HALIA

Bahan-bahan:

Barli
Halia
Air
Gula batu

Cara penyediaan:

1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.

3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.

4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.

Tips:

Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.

Ni anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.

Sumber : Effy Sueffy

IKLAN