Air Tangan Isteri Seperti Masakan 5 Bintang! Lelaki Ini Tak Kisah Berbelanja RM1000 Sebulan

Share

Betulkan kata orang, kalau nak pikat lelaki, pikat dulu perutnya. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah berumahtangga. Takkan asyik nak makan di luar seperti waktu zaman bercinta.

Namun ada juga yang berpendapat untuk menyediakan juadah seperti di restoran atau hotel 5 bintang memerlukan kos yang tinggi. Nanti merungut pula suami kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk barang dapur.

Seperti yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki bersama 2 troli yang penuh dengan barangan dapur. Dianggarkan kesemua barangan tersebut hampir mencecah RM 1000.

Menerusi video tersebut yang dimuatnaik oleh Yyaadany yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut telah menunjukkan masakan yang dimasaknya dari barangan dapur yang dibeli bersama suaminya itu.

Antara makanan yang disediakan

Apa yang menarik perhatian, semua juadah tersebut dilihat seperti makanan yang dibeli dari hotel 5 bintang. Malah ramai yang tak sangka, ianya merupakan air tangann wanita tersebut. Ada pelbagai menu seperti Kari Kepala Ikan Merah, Wantan Cheese, Kari Ikan Duri, Koteaw Theng, Seezling Mee, Tortilla Wrap, Nasi Lemak Sambal Sotong dan macam-macam lagi.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif dan pujian bagi pasangan ini. Kedua-duanya memainkan peranan masing-masing dengan baik, suami menyediakan barangan dapur dan isteri pula memasak menu menarik untuk dihidangkan kepada suami.

Malah ramai yang berharap agar dapat memenuhkan barangan dapur seperti ini agar dapat membuat juadah yang menarik untuk keluarga.

@yyaadany♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282
IKLAN