Jika ditanya masakan paling sedap yang pernah dimakan. Sudah tentu ramai akan menjawab masakan ibu! Bahkan bila setiap kali balik kampung, ibu masak hidangan ringkas seperti sambal telur sekali pun sudah terasa sedap asalkan ibu yang masak. Cukup ajaib!

Begitu juga apa yang ingin dikongsikan oleh Nursyuhada Ab Wahab yang merupakan seorang ahli akademik di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai. Menurutnya, pergilah menikmati makanan di hotel paling mewah atau restoran paling ekslusif mahupun makanan yang paling eksotik sekalipun,  masakan ibu sendiri adalah makanan yang paling sedap di hati semua orang. Seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya andai terpaksa merantau atau terpisah sekian lama. Mengapa?

Ajaibnya Air Tangan Ibu, Masak Apa Pun Semuanya Sedap. Itulah Keberkatan Untuk Anak Ingat Sampai Bila-bila!

Itulah keajaiban ‘air tangan’ seorang ibu. Peribahasa air tangan bermaksud masakan seseorang. Air tangan yang dimaksudkan bukan sebatian kimia yang berbentuk cecair dalam erti kata fizikal dan material. Air tangan yang dimaksudkan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, keikhlasan, ketulusan dan kesungguhan dari hati seorang ibu yang memasak makanan untuk anaknya. Hati yang tulus itulah yang mengalirkan kasih sayang melalui anggota tangan yang memasak untuk santapan seisi keluarga.

Banyak faktor yang menjawab keajaiban masakan seorang ibu. Ibu yang menyediakan makanan adalah didorong untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak kesayangan berbeza pula dengan seorang chef hotel atau tukang masak di restoran yang menjalankan tugas memasak atas dorongan ganjaran material berbentuk wang ringgit.

IKLAN

Masakan seorang ibu lebih istimewa berbanding makanan lain kerana tidak dinafikan istimewanya naluri seorang ibu. Hanya ibu yang lebih mengenali dan mengetahui makanan kegemaran setiap orang anaknya. Justeru, seorang ibu yang menyediakan makanan kegemaran anak-anak tidak langsung mengharapkan balasan ataupun ganjaran seperti seorang chef atau tukang masak, malahan dilakukan dengan penuh rasa kasih dan sayang. Keikhlasan yang dibuktikan oleh seorang ibu inilah menjadikan ramuan dan resipi masakannya ibarat memiliki suatu rahsia yang tersembunyi.

Ajaibnya Air Tangan Ibu, Masak Apa Pun Semuanya Sedap. Itulah Keberkatan Untuk Anak Ingat Sampai Bila-bila!

IKLAN

Antara rahsia lain istimewanya masakan ibu ialah jaminan makanan yang bersih, suci dan berkhasiat. Penyediaan makanan melalui banyak proses bermula dari menyiang, mengupas, memotong, membasuh, menggaul,  menguli, menumis, menggoreng, dan lain-lain proses yang secara langsung melibatkan sentuhan tangan. Jari jemari dan tangan ibulah yang paling banyak menyentuh bahan-bahan untuk dimasak. Ibu akan memastikan semua bahan adalah bersih dan bermutu tinggi. Hati naluri seorang ibu akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Ajaibnya masakan ibu juga ialah kerana doa-doa yang dipanjatkan dan zikir-zikir yang dialunkan ketika menyediakan makanan tersebut. Doa dan zikir ini akan mengalir ke dalam makanan yang dimasak dan seterusnya dinikmati oleh anak-anak. Banyak zikir dan doa yang diajarkan dalam Islam khusus untuk diamalkan oleh para ibu ketika menyediakan juadah untuk santapan seisi keluarga.

IKLAN

Ajaibnya Air Tangan Ibu, Masak Apa Pun Semuanya Sedap. Itulah Keberkatan Untuk Anak Ingat Sampai Bila-bila!

Oleh yang demikian, para ibu sangat digalakkan menyediakan masakan dari rumah untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tidak perlu masakan yang eksotik, gah ataupun penuh dengan dekorasi yang hebat, cukup hanya hidangan yang ringkas untuk dinikmati tetapi bakal menjadi makanan yang sangat dirindui suatu hari nanti. Air tangan seorang ibu tiada tolok bandingnya.

Sumber : Nursyuhada’ Ab Wahab

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI