Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang rajin ke dapur atau dengan kata lain pandai memasak. Namun itu tak bermakna kita sebagai ibu bapa tidak boleh mendidik mereka untuk berdikari.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.