“Akhirnya Tuan Punya Lagu Muncul.” Setelah 40 Tahun Lagu ‘Gadis Dan Bunga’ Kembali Trending, Warganet Terhibur!

Share

Siapa sangka lagu Gadis dan Bunga nyanyian Hajjah Rahimah Rahim tular di laman sosial terutama trending di Tik Tok.

Lagu yang popular pada tahun 1982 ini dicipta oleh Johari Salleh. Nyata setelah 40 tahun lagu ini kembali trending! Carian di Tik Tok mendapati lagu ini menjadi ikutan generasi muda.

Malah wanita German juga dikatakan cuba mengikut lirik lagu berkenaan. Manakala artis popular, Nora Danish juga tidak terkecuali turut sama ‘terjebak’ dengan lagu berkenaan.

Hakikatnya suara lunak merdu nyanyian penyanyi veteren ini menjadi pesona di kalangan anak muda. Pada usia 67 tahun, penyanyi ini masih cergas dan kelihatan awet muda.

Meninjau Instagram miliknya, mendapati masih menerima undangan nyanyian, Nyata auranya masih utuh. Mesra dengan panggilan kak Gerl, tidak menyangka lagu nyanyian menjadi tular.

Berkongsi aksi salah seorang pengguna Tik Tok yang membuatkan dirinya terhibur. Malah memuji ‘aksi’ yang dibuat berlatarkan lagu berkenaan.

“TikTok…lagu Gadis & Bunga. Comel & Hilarious lah Adik ni, Akak Terhibur dgn TikTok ni… Amazing…”

Terbaru, turut memuat naik aksinya ‘comelnya’ bersama kenalannya mengikut rentak lagu berkenaan. Para peminat terhibur aksi bersahajanya itu.

 

 

 

Sumber: rahimahgerlrahim

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN