“Alhamdulillah, He Is The Best Birthday Gift.” Rakyat Puji Che Puan Khaleeda Pilih Bersalin Di Hospital Kerajaan, Rupanya Ramai Tak Tahu Ada Wad Diraja

Share

Media sosial pagi ini dihujani dengan berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut keputeraan putera kedua. Baginda berkongsi berita tersebut dengan memuatkan sekeping gambar bersama isteri dan puteranya.

Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Turut berkongsi berita yang sama,  Che Puan Khaleeda Bustamam yang memilih bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa bangga dan memuji pasangan diraja ini kerana memilih hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

nk.line Adorable princess, so humble ? Xperlu pun nk deliver kt private hospital ??

fvrvhh Congratulations to you and myself too! We delivered baby boy on the same day ?

syirinanne Alhamdullillah & congrats to YMCP Khaleeda & family semoga anaknda menjadi anak yg soleh & dilindungi Allah SWT selalu amin ❤️❤️❤️

roslindahm Che puan baru lepas bersalin pun cantik sgt, happy besday che pun,, sama besday date dgn anak no 2 sy ?

norazura.s Alhamdulillah.. tahniah @ymchepuankhaleeda
dan @hrhcrownprinceofjohor serta kerabat diraja johor atas kelahiran anakanda putera. You’re so pretty che puan ???. Hope to see u one fine day..?

shuhada_mrszambri Cantik CPK..mcm bkn bersalin je.. Rilek je xde gune kerusi roda..humble..terbaik

fadhilahzahiyahjae Adorable. Mabrouk Che Puan and TMJ. I delivered my baby girl 4 days before yours. By the way, sangatlah stylo. Lepas bersalin pakai dress n kasut cenggitu. ????.

Sumber: IG ymchepuankhaleeda  hrhcrownprinceofjohor

 

IKLAN