“Alhamdulillah, Syukur Kurniaan Cahaya Mata Di Bulan Mulia.” TMJ & Isteri Timang Anak Keempat. Dah Dua Pasang Dah. Tahniah!

Share

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, menyambut kelahiran anak keempat mereka baru-baru ini.

Berita baik tersebut dimuat naik menerusi lama twitter pasangan DiRaja ini beserta sekeping gambar sekeluarga.

Dalam pada itu, laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut memuat naik berita yang mana baginda telah perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Puteri serta waris Tunku Mahkota Johor yang keempat ini dimaklumkan telah diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April 2021(Rabu).

TMJ dan Che’ Puan Khaleeda, berkahwin di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.

Sumber: Facebook Sultan Johor Sultan IbrahimHRHJohorIIymchepuankhaleeda

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN