Penyanyi, Wany Hasrita, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, jam 9.11 malam tadi, 22 Julai 2022.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Menurut Wany, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.

Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.

IKLAN

Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini.

Alhamdulillah, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Juruterbang! Terima Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin
sumber foto Amiraothman

Disoal mengenai detik perkenalan, Wany memberitahu dia mula rapat dengan suami sejak 2019. Tambah Wany, suaminya bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.

Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan.

IKLAN

Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara. Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius.

Wany dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.

Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara. Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu.

IKLAN
Alhamdulillah, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Juruterbang! Terima Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin
kredit

Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat.

Ditanya mengapa rahsia mengenai perkara tersebut, Wany berkata dia belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Itu sebab dalam perhubungan kali ini, dia mengambil pendekatan sebegitu.

Biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan. Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormatinya.

Sumber : Ohbulan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI