“Allah Sayang Kita Semua.” Anak Mangsa Tragedi Lion Air Jt610 Kongsi Momen Terakhir Percutian Bersama Ayah. Sebaknya!

Share

Petang semalam kita dikejutkan dengan insiden pesawat tambang murah Lion Air yang terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.

Sejak semalam, ramai yang berkongsi kisah saat-saat terakhir mereka bersama mangsa sehingga mengundang sebak orang ramai yang membacanya.

Antara banyak kisah tersebut, seorang anak bernama Samanthadww menerusi instagramnya meluahkan rasa sebak apabila casing telefon serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia.

Menurut Samantha, foto keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018. Menurutnya lagi, kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.

Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain. Difahamkan, foto yang terselit di belakang casing telefon itu merupakan foto bersama isterinya.

Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.

Sumber: Bogor & Ohbulan!

IKLAN