“Allah Uji Saya Lagi.” Nora Ariffin Kongsi Berita Anak Kedua Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin berkongsi berita sedih apabila anak keduanya, Aliff menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Nora sebelum ini diuji dengan dugaan berat apabila kehilangan suami tersayang yang juga merupakan komposer terkenal Johan Nawawi, dua tahun lalu.


Berita sedih itu dikongsikan oleh Nora menerusi laman Instagram peribadinya sebentar tadi.


Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.


"Allah uji saya lagi, anak aya Alif Johan baru saha hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.

IKLAN