“Allahu Tak Terdaya Kami. Anak Kecil, Warga Emas Terkandas.” Fizo Omar Kongsi Detik Cemas Tanah Runtuh, Mohon Bantuan

Share

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi berita terkandas  bersama pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di pertengahan jalan selepas tanah runtuh berhampiran Bentong.

Dia yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan memaklumkan, semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi itu pada ketika ini.

Difahamkan, Fizo sebelum itu ke Kuantan bagi menghadiri sebuah program di sana.

“Tanah runtuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta sangkut di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir dan air sudah mula melimpahi jalan.

“Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tak lepas,” kongsinya melalui Instagam miliknya kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut media sosialnya mendoakan keselamatan Fizo dan semua yang terlibat.

Sumber: Fizo Omar

 

IKLAN