Dalam banyak-banyak biskut,ini antara yang popular dan wajib ada di Hari Raya. Biskut Almond Landon, bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah orang dewasa juga dek kerana salutan coklat serta sebiji badam rangup di dalamnya. Memang enak terasa.

Buat yang ingin mencuba menyediakan biskut raya, boleh dicuba dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.


Alhamdulillah…baru siapkan biskut almond london yang menjadi kesukaan tetamu saya setiap kali tibanya hari lebaran…biskut wajib kesukaan kami sekeluarga juga

Susah nak dapatkan rasa almond london yang betul² sedap jadi resepi ini saya belajar dari kelas yang berbayar…resepi yang amat mudah…jadi hari ini saya nak kongsikan pada semua…saya halalkan…ada kisah sedih disebalik resepi biskut Almond London nie…

Almond London Menu Wajib Biskut Raya. Ni Resipi Untuk Yang Nak Buat!

ALMOND LONDON

IKLAN

250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tpg gandum
Sedikit baiking powder – ayak bersama tpg
1/2 cwn cornflakes dikisar halus
1 st esen vanilla
Buah badam yg dipanggang
Badam cincang utk hiasan disangai

Cara penyediaan :

# Pukul manja butter sedikit kembang.Masukkan gula…pukul lagi.

# Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla…gaul sebati.

IKLAN

# Masukkan cornflakes…gaul sebati…masukkan tepung sedikit² sambil gaul.Adunan mesti lembut…

# Bulat²kan dan letakkan badam dan boleh la dibentukkan sama ada bulat atau pon bujur.

# Bakar kekuningan dlm suhu 160 selama 25 minit…ikut oven masing².

IKLAN

# Apabila dah masak…ketepikan dahulu biar sejuk seketika.

# Masak secara double boil coklat + shortening @ butter …

# Celup biskut tadi dan di tabur badam cincang yg telah di sangai kekuningan.

sumber : Mia AdhaRusly via MAHN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI