‘Alolo Gebu Tangan..’ Netizen Tak Sabar Nak Tengok Wajah Cinta Hati Ernie & Syamel

Share

Umum serentak di laman Instagram masing-masing, Ernie & Syamel ucap syukur dengan kehadiran puteri sulung mereka yang selamat dilahirkan pada jam 10.14 pagi 22.2.2022.

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua ❤

Lahir pada tarikh yang cantik hari ini, Syamel kongsi rasa teruja dengan tarikh kelahiran cinta hati daddy & ibu yang senang untuk diingati.

Senang daddy igt birthday , 22.02.2022 ❤️

Dalam posting tersebut juga, sempat Syamel meminta orang ramai doakan kesihatan isteri dan bayi mereka semoga dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya. 

Perkongsian yang mengandungi gambar tangan bayi mereka menarik perhatian pengikutnya tidak kira dalam kalangan rakan artis dan juga orang awam. Baru satu jam dimuat naik, gambar tersebut mendapat lebih 40 ribu tanda suka.

Terdahulu, pasangan duet Ernie Zakri dan Syamel yang terkenal dengan lagu Aku Cinta selamat diijabkabulkan pada 26 Mac 2021.

Sumber : Instagram Ernie Zakri & Syamel’

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

IKLAN