“Along.. Along.. Ayah Nak Beli Ikan Keli Boleh?”- Kisah Bikin Sebak Buat Teringat Ayah Di Kampung

Share

Kasih seorang bapa tiada batasan buat anak-anak. Sedangkan apabila bapa sedang meniti usia, lemah tiada tenaga masih ada anak yang mampu menjaga bapanya sendiri sedangkan ada segelintir yang tak sanggup menjaga orang tuanya

Dalam satu kongsian yang dikongsi oleh Ummi Yahaya kisah di sebuah pasaraya yang membuat dia tersentak dengan satu peristiwa.

“Lepas habis check up ibu, dia nak singgah Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat hari tu.

Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu. 

Saya dah perasan ayah jenguk-jenguk kedalam. Saya agak dah, ayah ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula-mula cakap, tak nak lah sambil terus tolak troli kedepan. 

Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan drag dulu. Anak saya tau dah apa perlu buat,  dia akan layan atoknya borak, dia tanya ” atok nak ikan keli tu tak tok?”

“Entah ye, boleh ke atok nak sekor?”

“Boleh lah kot. Nanti kita tanya umi”

Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya “along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?”

Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih ikannya. Tersengeh2 dan gelak2 ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan sebab salah ikan. 

Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap

“cukuplah satu, ayah nak rasa2 je…”

Allahu..

Kawan, 

Dahulunya.. waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang sama, waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan kerenah kita. 

Hari ni, dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma mahukan perhatian dan kawan berbual. Makan pun tidak seberapa.

Kita, belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja kenangan indah-indah supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan. Peliharalah ibu bapa kita sementara mereka masih bernafas.

Walaupun kadangkala kita merasakan ibu bapa kita banyak karenah, namun begitulah juga kita sewaktu kecil yang banyak karenah. Mereka tetap sabar melayani kita walaubagaimana sekali perangai kita pada ketika itu. Inilah masanya untuk kita membalas jaga mereka walaupun kita tahu tak setanding besarnya jasa mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa

Sumber: Ummi Yahaya & FB Oh My Media

IKLAN