Anak-anak juga ada perasaan kecewa dalam diri mereka. Ini berlaku bila mana ada antaranya seolah-olah tidak dapat memahami apa yang cuba diluahkan oleh anak-anak. Apatah lagi cabaran akan lebih besar andai berdepan dengan anak-anak yang mempunyai masalah lambat bercakap. Anak akan terasa lebih kecewa bila apa yang ingin disampaikan tidak terucap dengan kata-kata.

Percakapan dan emosi yang tidak difahami ini akhirnya mencetuskan salah faham antara ibu ayah dan anak. Lazimnya ibu ayah akan  tinggi suara, marah-marah dan akhirnya anak tersebut tak berjaya sampaikan isi hati dia dan memendam perasaan.

Cubalah beri masa dan belajar untuk mendengar isi hati anak-anak yang mempunyai maslaah lewat bercakap ini agar dapat membantu untuk ibu ayah fahami apa yang cuba disampaikan oleh anak.

Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini patut untuk ibu ayah jadikan panduan. Sama-sama kita belajar untuk memahami anak.

Mendengar Sebagai Seorang Bapa

Anak saya ni yang bongsu ni ada sedikit kelewatan bercakap. Masuk umur dia setahun setengah, saya dah perasan dia bercakap dengan butir kata yang tak difahami, dan dia kerap meragam.

Kemudian saya ada bawa dia ke pusat rehab saya untuk dinilai oleh jurupulih terapi carakerja (occupational therapist/OT) sama ada dia ada tanda-tanda spektrum Autism (ASD).

Saya doktor rehab, tapi bila saya kena nilai anak sendiri, pasti akan ada bias dalam penilaian saya. Saya tak mahu penilaian yang dipengaruhi faktor peribadi. Jadi saya minta OT saya nilai.

Selepas dinilai, OT saya kata, anak saya ni fokusnya OK, boleh mengikut arahan, dan tiada tanda-tanda besar yang dia ada ASD. Cuma, pertuturan dia lewat. OT saya pun pesan saya beberapa perkara untuk rangsang dia bercakap.

Walaupun nampak pelik sikit: Pekerja pesan pada boss, OT mengajar doktor rehab. Namun, pada ketika itu saya mendengar sebagai seorang bapa, bukan sebagai boss atau doktor. Saya ada juga hantar anak saya ke jurupulih pertuturan(speech therapist).

Alhamdulillah ada perkembangan. Apabila dia mula bercakap, walaupun dia hanya cakap dalam ayat yang mengandungi satu atau dua perkataan, dia berani cakap apa yang terbit dalam hati dia.

Ada satu malam tu, dia macam merajuk. Saya pun pergilah pujuk dia. Saya tanya dia kenapa dia bermuram sahaja. Dia jawab 3 perkataan sahaja, tapi ia buat saya tersentak.

“Amal, heart broken”

Ads

Itu yang dia kata. Bila saya cuba korek lagi kenapa dia cakap macam tu, dia cuba sampaikan perasaan dia dengan perkataan terhad yang dia tahu. Lebih kurang beginilah apa yang dia cuba beritahu:-

Oleh kerana dia sukar bercakap, dia selalu rasa sedih sebab apabila dia nak beritahu sesuatu, saya dan isteri tak dapat faham. Bila kami tak faham, dia pun akan ulang-ulang cakap. Kadang-kadang dia tinggikan suara.

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Bila dia asyik ulang dan tinggi suara, kami pula marah dia. Akhirnya dia tak berjaya sampaikan isi hati dia, malah dimarahi dia. Itulah yang buat dia “heartbroken”. Rasa sedih pula bila mengenangkan berapa kerap saya marah dia sebelum itu.

 

Sebenarnya kalau saya layan mendengar dia elok-elok dan dengan sabar, saya akan boleh faham apa dia nak cakap. Cuma selama ni saya tak sabar, saya penat dengar dia ulang perkataan yang saya tak faham. Saya tak benar-benar cuba untuk faham.

Minta Didengari

Sekarang ni pada umurnya baru masuk 4 tahun, setiap malam, dia akan panggil saya ke bilik tidurnya. Bukan dia minta saya bacakan cerita untuk teman dia tidur, tapi dia minta saya dengar dia bercakap. Dia akan bercerita panjang.

Percakapan dia masih belum fasih. Kadang-kadang salah perkataan yang digunakan. Kalau dia tak tahu nak gunakan perkataan apa, dan dia tunjuk pakai bahasa isyarat tangan. Ada masa, dia dah buntu bagaimana nak beritahu dia akan kata “errm, I don’t know” sambil buat muka pasrah.

Ads

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Tak seperti dulu, sekarang ni saya akan dengar semua celoteh dia. Yang mana salah, saya betulkan. Yang mana saya tak faham, saya cuba teka dan tanya dia adakah itu yang cuba dia maksudkan. Ada masa saya teka betul, ada masa salah. Kalau betul, dia gembira bukan main.

Berkongsi Isi Hati

Banyak malam, dia tertidur ketika dia asyik bercerita. Banyak malam juga saya tertidur di biliknya ketika dia bercerita. Sesetengah malam, saya tidur di katilnya sampai esok pagi. Ada pagi, jika dia bangun sebelum saya, dia kejut pula saya untuk dia sambung bercerita.

Ada hari, ketika saya sibuk menaip di komputer, dia tiba-tiba datang kepada saya dengan wajah gembira dan bertanya apa saya buat. Lepas saya beritahu saya buat kerja, dia pun kata “OK! Amal like(love) you, Ayah.” kemudian dia akan lari meninggalkan saya dan sambung bermain.

Celotehnya macam tak ada penghujung, tapi saya pasti bila dia membesar, dah ada ramai kawan, dah ada kekasih, pasti dia tidak lagi mencari saya untuk berkongsi perasaan dan isi hati dia. Ketika itu pasti saya akan rindu gelagat dia. Saya pasti rindu kejujuran kata-kata dia.

Cuba lihat wajah anak-anak kita semasa mereka tidur atau leka bermain. Tanya diri kita sama ada kita ni benar-benar tahu apa yang terbuku dalam hati mereka atau tidak. Pernah tak mereka luahkan? Kenapa mereka tak luahkan pada kita? Adakah kita yang tak mendengar?

Hanya kalian tahu jawapannya, dan saya harap kalian tahu apa perlu kalian dibuat. Jangan tunggu esok, jangan tunggu lusa. Jangan rugikan baki masa yang kit ada bersama mereka.

Ads

Nota: Alang-alang ni, saya nak beritahu. Kalau ada orang JB, yang nak syak anak ada kelewatan perkembangan atau autism, boleh hubungi pusat rehab saya di laman Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation untuk saringan.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Seorang Lelaki, belajar menjadi Ayah

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Amal, Heart Broken”- Doktor Ni Tersentak Bila Anaknya Yang Ada Masalah Lewat Bercakap, Sebut 3 Perkataan Itu!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI