Pantang cuti sekolah, mesti akan ada orang yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan. Mana tidaknya, barulah ibu ayah boleh ambil cuti lebih sikit untuk terus berjalan-jalan dan tak rasa bersalah untuk pontengkan anak sekolah!
Tidak terkecuali, pelakon cantik manis orangnya, Reen Rahim mendedahkan dia akan menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, Reen mendedahkan permintaan ibunya terhadap bakal suami untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bukan wang mencecah puluhan ribu ringgit, sebaliknya hanya senaskah al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan sebagai hantaran.
“Saya tak pasti boleh cerita atau tidak… tetapi ketika bertunang, ibu saya jawab mengenai hantaran. Ibu kata: ‘Anak aku tak ternilai’ dan menurut ibu dia hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskhah Al-Quran yang telah dikhatamkan.
“Selain Al-Quran, ibu juga meminta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.
Ads
Mengulas tentang perkara tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak membantah apa ditetapkan oleh ibunya terhadap bakal suami yang juga seorang ahli perniagaan.
“Saya sebenarnya suka (permintaan ibu) sebab saya tidak boleh minta tunang jadi suami yang baik… suami yang boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.
“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, Reen memaklumkan bakal suaminya yang turut bekerja dalam bidang seni sedang menghabiskan bacaan 30 juzuk dengan meminta pandangan golongan yang arif.
“Dia ok dengan permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, dia sering memuat naik posting meluangkan masa untuk belajar mengaji bersama ahli keluarganya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim itu mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr. H pada hujung bulan ini.
Sedia maklum, Jumaat lalu telah berlangsung majlis pernikahan pelawak popular Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah di Putra Glass House, Shah Alam.
Baru – baru ini pasangan ini terus mendapat perhatian apabila Watie berkongsi posting bahawa dia tidak merasa momen berdua ketika mereka di fasa percintaan.
Malah, watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menyifatkan Shuib sebagai “suami kiriman tuhan”.
“Banyak benda sebenarnyapertama kali yang buat bersama dia ini. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap.
“Bila dating, bawa kawan, anak, dan mak. Jalan taka da nak pimpin – pimpin tangan, taka da dinner date, taka da nak melancong berdua – duaan.
“Bila nak buat kejutan ulang tahun kelahiran kita pun, dia datang buat kejutan tetapi duduk di meja lain. Pandang, jeling saja dari jauh,” ujarnya di posting Instagram.
Tambah Watie, dia berasa sangat bersyukur dan sangat gembira apabila berkat kesabarannya, akhirnya mereka disatukan.
“Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat.
Pasangan cantik dan padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Dalam majlis yang penuh indah, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik Tarikh lahir Watie.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya matai aitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayyash Affan.
Nak menabung memang susah. Ia perlukan displin yang tinggi. Kalau tak cukup kuat memang separuh jalan dibuatnya.
Bagi yang masih belum mula menabung, apa kata ikuti cara wanita ini, Nur Emira Mohd Arife mana tahu dapat inspirasi. Salah satu caranya guna RM2 untuk simpanan harian. Nak tahu lanjut ikuti caranya
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. Total RM 4436.00 .
Begini caranya:
RM2 – setiap hari
RM5 – setiap kali dapat
RM10 – 2 helai seminggu
RM20 – 1 helai seminggu
RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec.
RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat .
Start lambat sikit, mid february. End 31 December. Nampak sape ntah share kt fb masatu.. Good luck pada siapa sedang buat mcm ni in year 2022.
Jom nak sambung in year 2022, klu sama amount campur 2021. Boleh book pakej umrah. Mudah mudahan ada rezeki . Allah jemput ke sana.. aamiin. Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak p buh bank pun
Fokus atau tumpuan adalah otot yang memerlukan senaman secara teratur untuk ditingkatkan tahapnya. Sesetengah kanak-kanak dilahirkan dengan tahap fokus yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak lain. Namun semua kanak-kanak boleh mempelajari strategi untuk memberi tumpuan dan mengekalkan tempoh fokus mereka.
Namun, aktiviti yang membosankan, agak sukar atau kurang menyeronokkan akan mencabar tahap fokus mereka. Untuk edisi ini, saya kongsi beberapa aktiviti yang, dengan izin Tuhan, akan membantu meningkatkan tumpuan/fokus si kecil anda.
Aktiviti 1
Masa khas untuk latihan fokus
Berikan masa yang munasabah untuk anak anda berlatih memberi tumpuan kepada tugasan-tugasan tertentu di rumah di bawah pemerhatian anda sebagai papa atau mama yang prihatin.
Kanak-kanak pada usia lewat pendidikan praformal (antara empat hingga enam tahun) biasanya boleh menumpukan perhatian antara lima hingga 20 minit pada satu-satu masa. Namun, tempoh ini berbeza antara tugasan yang biasa (fokus yang lebih lama) dengan tugasan baharu yang mungkin lebih mencabar keupayaan mereka (fokus yang lebih pendek).
Aktiviti 2
Bantu si kecil memfokus kepada satu perkara/tugasan pada satu masa
Sebagai orang dewasa, kita memuji keupayaan untuk melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa (multi-tasking). Tetapi, penyelidikan membuktikan bahawa ‘kebolehan’ seperti ini sebenarnya mengurangkan tumpuan dan merendahkan prestasi kerja! Untuk kanak-kanak tadika, mereka tidak patut diajar memfokus kepada banyak perkara atau tugasan pada satu-satu masa kerana mereka akan ‘terkejut’ dan langsung tidak dapat berfikir dan berfungsi dengan baik. Oleh itu, ajarlah si kecil memberi fokus kepada satu perkara sahaja pada satu-satu masa agar tahap tumpuannya dapat ditingkatkan.
Aktiviti 3
Jadualkan masa melakukan kerja sekolah di tempat yang sesuai
Seperti diterangkan di atas, melakukan pelbagai tugasan pada satu-satu masa (multi-tasking) agak mengganggu tahap tumpuan kanak-kanak. Oleh sebab itu, amat penting untuk mama dan papa mengurangkan gangguan luaran semasa si kecil sedang membuat latihan belajar, membaca buku dan aktiviti pembelajaran lain. Latihlah si kecil anda untuk membuat kerja rumah di meja khas atau di tempat yang tetap tanpa gangguan televisyen, telefon, komputer tablet dan sebagainya. Pastikan juga jadual tetap dibuat setiap hari, misalnya dua jam setiap malam untuk kerja rumah dan membaca.
Aktiviti 4
Berikan masa juga untuk si kecil berehat sebentar!
Kanak-kanak pada usia lewat pendidikan praformal belum mempunyai tahap keupayaan mental yang tinggi untuk memfokus atau memberi perhatian sepenuhnya tanpa rehat. Mereka perlu bangun, bergerak dan melakukan sesuatu aktiviti yang santai selepas menghabiskan masa mereka menumpukan perhatian kepada sesuatu. Banyak manfaat akan diraih jika si kecil diberi masa-masa untuk berehat sebentar sekadar beberapa minit dan ‘mengecaj’ semula minda mereka, terutama semasa mereka sedang melakukan tugasan-tugasan kerja rumah yang terpaksa disiapkan sebelum esok hari.
Aktiviti 5
Latih si kecil anda untuk bernafas dengan tenang
Pernafasan terkawal (diafragmatik) dapat memperlahankan kadar denyutan jantung kita dan menenangkan minda supaya kita dapat menumpukan perhatian. Ini adalah kemahiran penting untuk kanak-kanak apabila mereka menghadapi tugas-tugas yang mencabar, yang boleh membuat mereka cemas dan meningkatkan kadar denyutan nadi mereka.Kerisauan pasti akan mengganggu tahap tumpuan mereka. Maka, mencari jalan untuk menjadikan sesuatu tugasan lebih ‘mudah’ sangat penting untuk si kecil anda. Pernafasan terkawal dan menenangkan tubuh adalah salah satu daripada strategi efektif ke arah ini.
Aktiviti 6
Bahagikan tugasan besar kepada tugasan-tugasan yang lebih kecil
Ini adalah satu lagi strategi untuk membantu kanak-kanak meningkatkan tahap tumpuan semasa melakukan tugasan yang mencabar minda dan kesabaran mereka. Jika anak anda sedang belajar untuk mengikat tali kasut, buat matlamat pertama untuk menguasai simpulan awal, kemudian beralih pula kepada membuat dua gelung dengan tali kasut sehingga dia tahu dengan tepat bagaimana cara untuk melakukannya dengan sendiri. Kanak-kanak masih belum cekap ‘memecahkan’ sesuatu tugasan kepada bahagian yang lebih kecil. Si kecil anda perlukan bantuan untuk menguasai keupayaan penting ini.
Aktiviti 7
Ajar si kecil untuk meningkatkan tahap pemerhatian dalaman diri
Kanak-kanak mudah terganggu oleh ‘rangsangan dalaman diri’, seperti sensasi fizikal atau kenangan yang menghiburkan diri mereka. Walaupun daya imaginasi kanak-kanak adalah sesuatu yang luar biasa, kita perlukan mereka untuk menghindari gangguan fikiran sambil membina keupayaan untuk menumpukan perhatian dengan lebih cekap dan lebih lama. Cuba latih si kecil anda untuk memerhatikan keadaan fizikal di sekelilingnya kemudian menerangkan tentang keadaan itu, melihat objek-objek yang ada di dalam rumah sambil melukiskannya atau mendengar lirik lagu bersama-sama kemudian menyanyikannya.
Kesimpulan:
Peningkatan fokus adalah kemahiran yang sangat penting untuk kanak-kanak yang akan berhijrah ke dunia sekolah rendah yang memerlukan mereka menumpukan perhatian untuk jangka masa yang lama lama. Secara amnya, kanak-kanak dapat menumpukan fokus mereka kepada aktiviti yang menyeronokkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di