“Anak Ini ‘Dipilih’ Jadi Ketua Keluarga Kami.” Throwback Kelahiran Anak Sulung, Luahan Rita Rudaini Menyentuh Hati!

Share

Momen paling indah dalam hidup seorang wanita bilamana mengetahui diri sedang berbadan dua. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita. Rahim yang terisi satu nyawa hasil perkongsian hidup bersayang insan tersayang diusung sehingga sembilan bulan dengan penuh kasih sayang.

Segala kepayahan dilalui demi zuriat yang dinanti. Momen mengandung dan bersalin adalah saat yang terindah dan tidak semua wanita yang berjaya melaluinya.

Tidak hairanlah, kelahiran anak sulung dianggap cukup bermakna dan paling indah dalam diari hidup buat suami isteri.

Setiap saat di catat dalam diari kehidupan dan tersemat dalam lipatan sejarah untuk diceritakan semula kepada anak dan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Demikianlah perasaan seorang ibu bernama Rita Rudaini. Kegigihan beliau membesarkan dua anaknya sendirian cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana. Segala kepayahan dilalui dengan penuh sabar. Bukan calang-calang wanita yang mampu mengharunginya.

Terbaru sempena ulang tahun anaknya Airit Rayyan Rizqin baru-baru ini, Rita berkongsi momen sewaktu melahirkan putera sulungnya itu.

“Buah hati pertama…sentimental value…bila dia lahir,semua orang hepi macam sambut menang peperangan 😂mommy,daddy,maktok,tokwan,paklong,paksu n famili,kak wanie,aunty sis.

“Semua tuggu dia lahir…dah dalam labour room tiba2 teringin nak makan cheese cake n coffee cbtl…dah daddy nya turun beli..makan memang x ingat dunia macam lupa nak beranak…

“Tengah hari dia nak kluar tp x boleh sebab mommy x pandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tapi xle jugak..last skali vacum laaa 😂.

Menurut pelakon cantik manis ini lagi, anak sulungnya itu saksi kepayahan dan tumpahan air matanya. Malah, dia juga banyak belajar dari pengalaman yang dilalui bersama ibunya.

“luar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni 🙄’ ..😂ok lah xkisah..anak kami jugak 😂…alhamdulillah..masa kecik susah nak senyum,pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat..anak yang banyak tengok susah senang mommy😌airmata mommy..

“Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy..anak yang banyak faham perasaan mommy…anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami😌… tak sangka…anak ini ‘di pilih’ untuk jadi ketua keluarga kami…..

AIRIT RAYYAN RIZQIN,moga akhlak mu seindah syurga…besar nnti protect mommy dgn adik ye….jgn main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lg he3x 🥰

Luahan hati Rita itu nyata meninggalkan kesan kepada pengikutnya. Rata-rata mengakui cukup sebak dan sedih membaca bait-bait kata pelakon itu.

syuhadaaziz Sedih pulak baca😭 happy bday airit rayyan rizqin
nik_er22 Sebak nik baca😢😢😢 sbb faham Sgt apa yg u alami u rasa… kebahagiaan keperitan kesusahan mcm2 ujian.. In sya Allah sinar pelangi indah ada depan sana utk Ryan rjuna dan mommy.. Ryan rjuna lambang kasih sayang abadi💕
norihadin2 Hb rayyan, nama kamu pn dh melambangkn cinta dn kasih syg mama dn dady kamu..moga membesar mjadi anak yg solleh.
siszie_88 Besar harapan mak untuk anak sulung.. Happy birthday Rayyan, auntie doakan semoga Airit Rayyan Rizqin berjaya di dunia dan akhirat… Aminn
annurniaya😍😍😍😍💪💪💪 happy birthday Abg rayyan…kami ank yg kuat yg baik bertanggungjwb pd adk n mommy…membesar dgn sihat ea ank soleh mommy
Mommy hebat bersama anak-anak luar biasa
itsme_faiMommy yg hebat bersama ank2 yg luar biasa!
rohanarazakSyahdu lah baca kak Rita punya kisah beranak 😘
norzalinda_abdulrazak Adui la.. Mata masuk habok pulaka masa baca ni
haliza_2746 Sedih bila baca…tapi xpa..pengalaman mengajar kita jadi lebih kuat hadapi ujian…happy birthday Airit Rayyan Rizqin…moga mbesar jadi ank yg Soleh n didlm rahmat n kasih syg Allah
dillasulaiman Sebaknyaaaa.
eda_pyan Hepo bhday rayyan…membesarlah kamu dgn kasih mummy, moga menjdi pelindung mummy n adik…amiin😊

 

Sumber: IG ritrud727

 

 

 

IKLAN