Anak Itu Rezeki Tidak boleh Dibandingkan Dengan Duit. “Biar Anak Bertambah, Isteri Cukuplah Dua Orang.” Itu Respond Datuk Red.

Share

Jarang muncul dikhalayak ramai menyebabkan ada peminat  yang tidak mengetahui penyanyi bernama Adira ini sedang hamil anak kedua. Selepas kelahiran anak pertamanya, Adira lebih banyak mendiamkan diri dan menguruskan anak dan rumah tangga.

Namun, gambar yang dikongsikan di dalam laman instagramnya membuatkan peminat beranggapan penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini sudah berisi.

Nyata, telahan tersebut benar bila mana  Adira yang ditemui dalam satu majlis hari raya baru-baru ini mengakui sedang berbadan dua.

Ini merupakan anak kedua Adira dan kelapan bagi Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.


“InsyaALLAH, Adira akan bersalin pada bulan September nanti. Kali ini anak lelaki. Kali ini juga saya tak mahu letak nama panjang-panjang sebab takut lupa.

Menurut Datuk Red lagi, kandungan ini merupakan anak keduanya bersama Adira.

“Kalau diikutkan anak yang dikandung Adira sekarang adalah nombor 8 dalam keliuarga kami.

“Saya memang sukakan anak-anak. Kalau boleh nak 20 orang anak. Bagi saya inilah rezeki sebenarnya. Tak boleh dibandingkan dengan duit.

“Anak tambah tak apa tapi isteri cukup dua. Dua ini sudah mencukupi hidup saya,” ujarnya lagi.

Sumber: Sinar Harian Online

 

IKLAN