Anak Kedua Linda Hashim Masuk Hospital, Melecur Terkena Air Panas – “Doakan Kesembuhan Untuk Anggun Cassandra’

Share

Anak kedua Linda Hashim masuk hospital, melecur terkena air panas – “Doakan kesembuhan untuk Anggun Cassandra.” Anak kepada pasangan pelakon popular, Linda Hashim dan Beego, iaitu Anggun Cassandra, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan melecur akibat terkena air panas.

Melecur Terkena Air Panas, Anak Kedua Linda Hashim Masuk Hospital – ‘Doakan Kesembuhan Untuk Anggun Cassandra’

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua selebriti berkenaan menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing. Dalam hantaran tersebut, mereka memohon doa orang ramai agar anak kedua mereka segera pulih daripada insiden yang tidak diduga itu.

“Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas,” tulis Linda dan Beego di media sosial.

 

Dalam pada itu, Linda turut berkongsi momen dirinya berada di dalam ambulans bersama anaknya. Katanya, meskipun hatinya hancur melihat keadaan Anggun menahan kesakitan, dia tetap berusaha kelihatan tabah agar anak kecil itu merasa sedikit tenang.

“Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Anggun Cassandra. Ramai yang berharap agar anak perempuan pasangan selebriti ini kembali sihat seperti sediakala dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram Beego dan Instagram Linda Hashim

Baca artikel lain juga: Linda Hashim Nekad Nak Berpisah Dengan Beego, Anak-anak Terutama Yang Sulung Tahu Kami Nak Bercerai

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my