Anak Kembar Lelaki Meriahkan Lagi Keluarga Hael Husaini Sambut Lebaran. Peminat Tak Sabar Menanti ‘Haelmummy’ Pula!

Share

Sempena meraikan Aidilfitri yang disambut dalam suasana norma baharu walau kita tidak dapat berkunjung-kunjungan bertemu sanak saudara dan rakan taulan untuk memeriahkan sambutan hari raya kali ini, namun sambutan lebaran tetap juga dirai dalam suasana yang seadanya.

Pastinya ramai antara kita turut bergambar menggayakan baju raya sedondon sebagai kenang-kenangan. Bahkan semenjak di pagi Syawal hingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan perkongsian gambar-gambar keluarga menggayakan baju raya. Masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional sedondon.

Hal ini tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini yang memilih tema purple sedondon dengan anak angkatnya, Helena Hael.

Perkenal Twin 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian melalui entry di IG milik  penyanyi lagu ‘Hati’ ini, selain gambar sedondon raya bersama anak Helena,  turut memperkenalkan dua orang bayi lelaki  dengan berpakaian sedondon dengannya.

Dalam kapsyen ringkas Hael ada mengucapkan selamat Hari Raya buat semua dan sempat memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Haelmy dan Haelman.

Sehubungan dengan perkongsian ini, warganet berasa teruja melihat keluarga Hael. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran anak-anak angkat kembar yang comel.

Bahkan warganet bukan sahaja turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga Hael bahkan ada juga yang sempat menyakat  dengan bertanya kepada Hael di ruangan komen bilakah ‘mummy’ untuk anak-anaknya akan ada sama dalam gambar keluarga di hari raya mereka.

 

Sumber : @healhusaini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN