Anak Last Minit Cakap Ada Potluck, Sandwich Sardin Xpress Ni Penyelamat Mak-Mak!

Share

Peperiksaan dah habis, persekolahan bagi tahun 2022 pun dah menghampiri waktunya, mula la masanya untuk sekolah adakan jamuan makan akhir tahun. Waktu ni ibu lah yang pening untuk fikirkan menu sesuai untuk anak bawa ke sekolah.

Anak pula ada yang jenis cakap last minute, lagi buntu lah mak-mak nak fikirkan apa yang boleh dibawa! Haaa mak-mak jangan pening sangat, ni haaa ada menu mudah yang mak-mak boleh buat on the spot tak perlu nak masak bersungguh. Cuma kena ada bahan sahaja, potong, susun, siap! Nak tahu menu apa? meh tengok kat bawah!

Sandwich Sardin Xpress Yummy

Pepagi lagi dah pulun wat sandwich ni. Mau tak nyer, malam tadi baru je si nak bertuah ni bagitau kena bawak potluck la plak ke kelas dia. Haishhh!

Haaa, ni aje la yang ibu sempat nak cekau.

Aaah, menu ni simple dan mudah nak sediakan. Dah ler tu, sesuai je nak jamu tetamu dalam apa majlis pun. Haaa, nak nak plak musim raya ni. Tetamu datang tetiba je, kannn.
Hari tu ada yang mintak makmaneh kongsikan resepi. Haaaa, jom sape nak try, ni ler resepinye.

Bahan-bahannya :-

•1 tin sardin/makerel yang besor. (makmaneh lebih suka makerel ni)
•1 biji bawang holand. Tak de ko amik je bawang besor. Didadukan.
•Cayenne/serbuk cili.(ikut suka nak pedas ke tak)
• Daun salad
• Tomato
• Mayonis
• Thousand Island
• Roti (ikut suka nak roti apa)
• Butter (nak sapu kat roti. Makmaneh tak bubuh sebab butter keras kejung dalam fridge).
•Limau kasturi.

Cara caranya :-

1.Suka guna mackerel dari sardin. Sos nye buang ye. Amik ikannye je.

 

2.Daun salad yang dah basuh lepas tu tos.

3. Hancur hancurkan, masukkan secubit garam. Gaul.

4.Perah asam limau kasturi. Dalam 2biji. Ikut suka masing masing.

5. Masukkan serbuk cayenne atau serbuk cili. Ikut suka nak pedas mana.

6. Masukkan bawang yang dah didadukan. Gaul bagi rata.

7. Masukkan skit mayonis, sebab nak bagi dia lekat. Kalau tak nanti di peroi senang bertabur.

8. Sapu butter pada roti. Saya bh mayonis je sb butter keras dalam peti.

 

9. Tomato di hiris. Lepastu letak salad dan hirisan tomato

10. Letak pulak inti sardin tadi. Kemudian paipkan mayonis dan thousand island

11. Tangkup dengan roti sekeping lagi. Potong silang pangkah.

12. Tadaaaaa. Sedia untuk di ngap. Selamat mencuba.

Lepas ni dah tak yah sesusah pikir nak bekalkan anak kat sekolah apa. Bekal ke pejabat pun ok pe. Aah, kalau yang nak amik oder pun boleh je. Tapi kena la olah lagi.
Sila la share kalu sudi. Resepi mudah jer ni.

Sumber : Facebook Lia Yob Ibrahim 

IKLAN