“Anak Manis, Bijak Pandai. The One And Only Tada Girl.” Kongsi Sambutan Hari Lahir Alisa, Kapsyen Hanis Zalikha Raih Perhatian!

Share

Kepetahannya bercakap ditambah gelagatnya yang cheeky membuatkan ramai geram melihatnya. Apatah lagi, dia juga sangat gemar menyakat baik abangnya mahupun ibu bapanya sendiri.

Itulah perangai Alisa Aisyah, buah hati kedua pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Puteri kesayangan pasangan ini yang juga adik kepada Yusuf Iskandar ini baru menyambut ulang tahun yang ke 2 tahun semalam.

Paling mencuri tumpuan wajah comelnya nampak cute apabila si kecil yang cukup dikenali dengan tagline Si Tada Girl ini menarik muncung mulutnya seolah-olah mahu mencium kek hari jadinya.

Memandangkan sekarang dalam fasa PKP, jadi tiada majlis sambutan hari jadi, sebaliknya keluarga bahagia ini hanya menyambut secara kecil-kecilan bersama di rumah.

Tampil manis dalam persalinan gaun ditambah reben rona hitam menyerlahkan kecomelan anak dara Hairul Azreen ini.

Cukup simple kek yang disediakan dengan hiasan belon kecil ditambah nama Alisa di atasnya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Hanis, dia bersyukur dengan kurniaan cahaya mata seperti Alisa. Akuinya, Alisa seorang anak yang cheeky, suka mengusik tapi sering menghiburkan hati ramai.

Perkongsian Hanis mendapat perhatian ramai, ramai selebriti dan pengikutnya berkongsi ucapan hari lahir buat Alisa.

Moga membesar sihat, cerdik pandai dan solehah
missfazura Happy birthday Alisa sayanggg Tyty Faz! Love you 💖💖💖
elizadsharifuddin Awww best nye lah hai 😍 . hb si comellll . Moga jadi anak yg baik . ❤️
el.azman Ahhhh alisa kiyottt sangatt. Semoga membesar jadi anak yg solehah, bertanggungjawab dan bijak alisa sayang❤️
irasuh4imi_4 Eeiiii tomeyyyyyynyaaa diaaa. Happiest birthday Alisaaa Aisyah. Smga membesar dgn sihat, cerdik pandai solehah 😍
Alisa Tada Bucuk Girl
ainihassan__ happy birthdayyy the one and only tadaaa’s girlll😍😍😍😍😍😍😍
nurul_na Happy Birthday Pretty Alisaa! 💕Always stay cheeky tau, Make your mommy tired with you😝🤪
_eykafazariza HAPPY BIRTHDAY ALISA TADA BUCUK GIRL ❤️❤️
norizanemin Anak manis anak bijak pandai..HB syg semoga Allah sentiasa mlindungi kamu syg💝

Berkongsi perasaan yang sama, Hairul turut memuat naik gambar Alisa serta beberapa keping gambar sambutan hari lahir anak perempaunnya itu di laman instagramnya.

 

Sumber: haniszalikha & hairulazreen

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN