Anak Masih Belum Boleh Bercakap, Rupanya Ibu Ni Sangat Sibuk kerja, Besar Sungguh Ujiannya.

Share

Tidak dinafikan betapa peritnya cabaran ibu bapa. Maklumlah anak yang dibesarkan dengan kasih sayang tentunya kita ingin mempunyai masa depan yang cemerlang.

Namun bergelar ibu bapa, kadang-kala tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesibukan dengan kerjaya membuatkan masa itu terhad hingga anak diabaikan. Bukan tidak sayang anak tapi berkorban diri untuk mendapat tingkatkan taraf ekonomi keluarga.

Bagaimanapun, anak itu amanah, bertindak sebelum terlambat agar masa depannya terjamin.

Sebagaimana perkongsian Dr Redza Zainol mengenai masalah yang didedahkan oleh pesakitnya sehingga anaknya tidak boleh bercakap akibat kesibukakannya. Besar sungguh ujiannya!

Moga jadi ikhtibar.

Pernah saya jumpa seorang ibu dan anaknya di klinik kanak-kanak sebab dia masih belum boleh bercakap.

Sesi kami agak lama sebab untuk kes begini saya akan bertanya itu ini pada ibunya. Sambil dia ni bercerita, saya perasan yang ibu ni makin serba tak kena.

Dari satu ayat ke satu ayat, penuh dengan nada kecewa. Muka berkerut dan nampak kusut. Saya pun sambung mendengar sampailah dia kata,

“Saya sebenarnya sibuk sangat kat tempat kerja. Balik rumah dah penat sangat. Saya biar je dia tengok TV.

Saya rasa dia tak dapat perhatian yang secukupnya dari saya. Saya banyak biarkan dia dengan nenek dia. Saya rasa saya yang tak pandai nak besarkan dia.”
Lambat sungguh baru saya nak tersedar.

Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya masih belum boleh bercakap.

Usah salahkan diri

Saya terangkan baik baik pada dia, ada bermacam sebab lain sampai anak boleh jadi macam ni. Dia pandang pada saya, nampak dia sedikit lega.


Besar sungguh ujian kaum ibu ni.

Ada hari berkejar-kejar tak sempat masak dan hanya jamu anak dengan masakan dari kedai, dah terasa seperti ibu yang gagal.

Susu badan tak cukup sampai terpaksa susukan anak dengan susu tepung, boleh timbul rasa seperti ibu yang gagal.

Keluar bekerja sebab nak bantu tambah pendapatan keluarga tapi pada masa yang sama tak dapat nak besarkan anak di depan mata.

Ada yang terasa seperti ibu yang gagal.Kita tak duduk dalam kasut mereka, kita tak tahu sisi hidup ibu-ibu ni. Sebutlah yang baik baik pada mereka.

Untuk ibu di luar sana, berhentilah rasa bersalah. Keluar mencari rezeki dan membantu suami, tak sedikit pun mengurangkan kebaikan kalian sebagai seorang ibu.

Sumber: Redza Zainol

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

IKLAN