Anak Mendengar Kata. Ibu Ayah Digalakkan Amal Bacaan Ni, Macam Orang Dulu Selalu Buat!

Share

Mendidik anak untuk menjadikan mereka insan  yang berakhlak dan baik, kita sebagai ibu bapa sering juga berdepan situasi di mana anak-anak ini melawan kata.

Oleh itu, ada baiknya kita terus mencedok ilmu dan petua yang diamalkan oleh orang terdahulu untuk mendidik anak-anak.

Sebagai contohnya, apa yang dikongsikan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan di akaun fbnya. Jom semak.

TAK MAHU ANAK DEGIL DAN MELAWAN CAKAP IBU DAN AYAH.

Ini adalah petua orang-orang tua dahulu yang diamalkan supaya anak mereka tidak degil dan melawan cakap ibu dan ayah.

Petua ini saya lihat ramai yang sudah tidak diamalkan lagi, mungkin kerana suasana zaman sekarang sudah berubah atau tidak relevan lagi bagi orang zaman sekarang.

Petua ini cukup mudah sahaja oleh mereka waktu dahulu, dimana telah menjadi rutin bagi orang tua-tua dahulu setiap kali anak mereka tidur, mereka akan mengusap kepala anak mereka dengan telapak tangan sambil membaca kalimat ini seratus kali selama beberapa hari sehinggalah anak mereka terlelap, kemudian di tiupkan di ubun-ubun anak itu.

Kalau ada yang ingin mencubanya lakukanlah selama seminggu, dengan izin Allah kita akan dapat melihat perubahan pada anak itu.

Sumber : Md Rosdi Hasan

IKLAN