Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk...

Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!

Memasak itu memberikan suatu kepuasan buat sesetengah para ibu. Biarpun memasak setiap hari, ia memberikan suatu nikmat yang bahagia dapat menyediakan hidang yang terbaik buat keluarga.

Bak kata orang, air tangan seorang isteri dan ibu itu yang dimasak dengan penuh kasih sayang itulah menjadi asbab keluarga itu bahagia.

Sebagaimana perkongsian wanita ini, biarpun mampu untuk membeli makanan segera, namun lebih puas hati untuk  memasak sendiri untuk hidangan keluarga. Malah banyak pula menu yang dihidangkan.

Buat yang ingin mencuba menu ini, dia telah berkongsi 3 resipi Spaghetti Bolognaise, Resipi Cheezy Potato Wedges dan Garlic bread dan mushroom soup ala PizzaHut. Apa lagi jom cuba buat!

Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!

Anak-anak suruh ibu pesan kat ayah belikan kepsi. Sengaja ibu tak cakap kat ayah dan ayah tak tau pun permintaan diorang. Ibu masuk dapur ketung ketang ketung ketang, siap saji atas meja.

Haaaa.. hambikk.. Nak kepsi yaaa?? Nah ibu bawakan juadah ala kepsi dan pizzahut ke rumah. Ibu baru cabut gigi semalam mana boleh makan kepsi. Apa korang ingat korang saje ke yg teringin kepsi? Sebelum ibu nangis bucu meja tengok korang kunyah kepsi baik ibu masak benda lain dulu bagi diam mulut tu.

Berikut 3 resipi menarik untuk dicuba. 

RESIPI 1

IKLAN

Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!

Kalo oder spaghetti bolognaise kat PizzaHut dapat sikit aje. Ibu masak dapat banyak. Makan ulang-ulang sampai malam.

Resipi Spaghetti Bolognaise

Bahan-bahan:
1pek spagheti (kita guna angel hair)
½mangkuk daging cincang
1biji bwg besar-potong dadu
4ulas bwg putih-cincang halus
½biji lada benggala-potong dadu
3batang sosej-hiris nipis
1tin sos spageti prego tradisi
2helai daun bay kering
1sb mixed herbs
½sk serbuk lada hitam
3sb sos cili
1sb sos tomato
Garam secukupnya
1sk serbuk pati ayam
1sb gula

Cara-cara:
Didihkan air dlm periuk kemudian masukkan spageti. Masukkan garam dan sedikit minyak masak. Rebus hingga masak kemudian toskan. Lalukan spaghetti di bawah air paip utk matikan suhu. Tos dan ketepikan.
Tips- Bagi mengekalkan kesegaran spageti, gaul rata dgn minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup.

IKLAN

Sos:
Panaskan marjerin dlm saucepan atau kuali. Tumis bawang putih, bwg besar hingga perang dan wangi. Masukkan lada benggala, sosej dan daging. Kacau sebentar kemudian masukkan daun bay, mix herbs dan serbuk lada hitam. Selepas itu masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Reneh selama 10minit dan kacau. Setelah pekat perasakan dgn garam, serbuk pati ayam dan gula. Tutup api. Siap!

RESIPI 2

Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!

Cheezy potato wedges ala kepsi dari tiga biji kentang. Kenyang makan

Resipi Cheezy Potato Wedges

IKLAN

Rebus 3 biji kentang hingga separuh empuk tanpa buang kulit. Toskan air rebusan kemudian rendam dalam air sejuk untuk matikan suhu. Bila dah sejuk, potong bentuk wedges. Taburkan tepung serbaguna Bestari atau Aroma. Goreng dalam minyak yg cukup panas. angkat bila warna bertukar perang.

Serbuk cheese kita beli di pasaraya Hiro jenama Hiro. Kita bancuh dgn air panas dan mayonese, kacau sampai sebati. Kita campur mayonese supaya tak masin sangat, rasa lebih berlemak dan sedikit manis.

Susun kentang dalam pinggan. Piping kan cheese dan mayonese atasnya. Tabur dgn parsley kering dan bijan hitam untuk hiasan. Kalau takde pun takpe. Buat lawa² je.

RESIPI 3

Anak Pesan Makanan Segera, Ibu Ini Masak 3 Resipi Special Sekaligus Untuk Keluarga, Ala Hidangan Di Kedai!

Garlic bread dan mushroom soup ala PizzaHut. Resipi garlic bread dan mushroom soup ada. Boleh lihat lanjut resipi di sini

Resipi 3

Tumbuk empat ulas bawang putih, kalau nak rare sikit cincangkan aje. Tapi kalau kat rumah korang ada budak-budak baik lupuskan bukti supaya diorang tak rasa pelik tengok bawang putih kasar-kasar atas roti.
Masukkann satu sudu besar butter dalam lesung batu tadi, kacau butter dgn garlic sampai sebati. Ambil roti yang korang suka, roti Perancis boleh, roti sosej okay, roti sandwich pun sedap. Potong roti, kemudian sapu garlic butter atasnya, taburkan mixed herbs dan parsley kering. Bakar suhu 160°c selama 5 minit guna airfryer atau 180°c selama 5 minit guna oven. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas kedap udara. Siap!
Keluarga: Jika mak rajin memasak memang menjadi buat apa sahaja. Buat sendiri tentu puas hati. Apa lagi jom buat hujung minggu ni. 
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI