“Anak Ramai Memang Meriah Sekaligus Mengajar Menjadi Ibu Ayah Yang Cuba Improve Jadi Terbaik.” Instafamous, Irene Nadia, Syukur Miliki 4 Anak

Share

Sesungguhnya dalam kita tak sedar, kadang-kala rezeki ini datang dalam pelbagai cara dan kita. Rezeki kita juga terletak pada isteri dan anak. Sebagaimana  Poerkongsian instafamous, irine_nadia yang melahirkan rasa bersyukur dan bangga mempunyai anak. Biarpun ada yang mempertikaikan kehadiran cahayamata yang ramai. Perkongsian beliau sungguh inspirasi untuk dijadikan manfaat bersama.


Ibu selalu ucap syukur dalam hati, Allah bagi kemudahan untuk ibu dan ayah, dengan kehadiran cahaya mata no 4 .

Bagi sesetengah orang mungkin fikir ramainya anak. Dekat-dekat pulak tu. tapi itulah, orang luar bukan berada di situasi kita, bukan orang luar yang menjaga makan pakai keluarga kita.

Allah bagi rezeki anak ramai pastilah ada sebabnya kan, janji jangan terikut-ikut dengan life orang lain,antara mampu handle ataupun tidak je. Kalau rasa tak mampu, janganlah paksa diri.

Pernah dengar tak ayat, bila kita dengar berita orang lain mengandung,kita doakan kebaikan untuk dia, bukan kata yang sebaliknya sebab doa-doa inilah yang akan berbalik pada kita sendiri dan future kita pun tak pasti lagi apa akan terjadi.

Tapi anak ramai ni memang meriah sekaligus mengajar kita menjadi seorang ibu ayah yang hari-hari cuba improve menjadi yang terbaik untuk didik anak-anak.

Nyata, setiap anak itu punya rezeki yang ditetapkan. Memang seronok punya anak ramai, meriah rumahtangga!

Sumber: Instagram irine_nadia

IKLAN