“Anak saya tahu nak buat operasi asas. Tapi bila soalan berayat, anak saya macam tak tahu nak selesaikan macam mana. Boleh cikgu bantu?”
Menurut perkongsian seorang guru matemati,Mohamad Hakim menerusi facebooknya beliau sering mendapat pertanyaan daripada ibu bapa mengenai permasalah anak mereka yang kurang faham mengenai subjek matematik. Antara permasalah yang sering ditanya adalah berkaitan dengan operasi asas.
Menyedari akan hal in, beliau berkongsi nota kata kunci yang wajib anak-anak hafal dan faham supaya mudah untuk membuat latihan subjek matematik.
Ikuti ilmu manfaat ini agar anak-anak mudah dan celik matematik.
Saya sering terima permasalahan di atas dan bagi saya perkara ini biasa. Murid ni mereka tak tahu bila masa yang sesuai untuk gunakan empat operasi asas yang ada.
Ads
Bila masa nak tambah? Eh, ni darab ke bahagi? Bukan ke soalan ni perlu ditolak?
Bila adanya permasalahan macam ni, sebab tu murid perlu cari keyword ataupun kata kunci yang ada pada soalan yang berayat. Jumlah, biasanya akan melibatkan operasi tambah, kadang-kadang darab. Ia bergantung pada bentuk ayat tersebut.
Ads
Dan sebab ini jugalah saya wujudkan nota kata kunci dan minta murid saya hafal. Ia sedikit sebanyak mendatangkan idea dan membantu mereka untuk selesaikan soalan yang ayatnya panjang.
Ads
ADA JUGA SOALAN PERANGKAP Namun, jangan terlalu bergantung kepada kata kunci ini kerana wujud juga soalan perangkap yang dia akan twist soalan. Nampak macam tambah, tapi rupanya tolak. Ada soalan begini, tapi tak banyak.
Jadi langkah pertama, hafal kata kunci yang ada. Gariskan setiap kali terjumpa kata kunci pada soalan tersebut. Baca dua ke tiga kali soalan untuk fahamkan betul-betul operasi apa yang sesuai untuk soalan berkenaan.
InsyaAllah, bila dah banyak kali jumpa dan buat soalan berayat ini, murid akan terbiasa. Celah gigi mereka sahaja untuk selesaikan soalan bentuk begini lepas ni. Nah, saya kongsikan sekali lagi nota kata kunci saya ini. Print dan tampalkan di tempat yang senang untuk anak kalian nampak. Moga membantu.
Sumber: Mohamad Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah tertukar bayi yang berlaku ini ibarat cerita sinetron, namun itulah kenyataannya yang benar-benar yang berlaku kepada dua keluarga.
Apa yang lebih tragis lagi, bayi keluarga ini tertukar 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Apa yang lebih memilukan, ia hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Kejadian ini terbongkar apabila dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.
“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun bagaikan sudah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.
Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.
“Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” katanya.
Ayu Haryani berkata, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa kerana risau ia memberi kesan psikologi terutama kepada Adryana Iwani.
Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata, keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.
“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya dan menambah mereka sekeluarga melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.
Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu sudah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak Januari lalu.
Saban hari, kita mendoakan semoga mereka yang positif COVID-19 kembali sembuh seperti sediakala.
Apatah lagi, laporan media massa yang berkongsikan situasi di pusat kuarantin yang sudah sesak dengan mereka yang positif wabak berkenaan. Dalam pada itu, pelbagai suka duka dikongsikan penghuni pusat berkenaan untuk tontonan ramai.
Terbaru tular video keletah seorang kanak-kanak lelaki yang dikuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang bersama bapanya.
Video dimuat naik ibunya yang dikenali sebagai @yushadz menyaksikan aktiviti anak nya yang gemar berjalan-jalan keliling pusat kuarantin tersebut dan bertegur sapa dengan mereka yang sama-sama dikuarantin di sana.
Siapa sangka, video pendek yang memaparkan gelagat si kecil bernama Iman sepanjang beberapa hari berada di MAEPS, Serdang dan mendapat jutaan tontonan dalam masa sehari sahaja dimuat naik.
Gelagatnya yang bersahaja, bermain di atas katil selain turut diberikan makanan serta buku lukisan daripada penghuni disana dan frontliners yang bertugas benar-benar mencuri perhatian.
Iman dan ayahnya telah dibawa ke pusat kuarantin kerana positif Covid-19 dan dijemput oleh ambulans untuk ke MAEPS, Serdang.
Sebagai ibu, akui wanita ini sangat sebak dan tidak sanggup melihat anaknya yang masih kecil terpaksa berpisah berikutan disahkan positif virus berkenaan. Namun sedikit kelegaan kerana suaminya ada bersama untuk menjaga Iman.
Terbaru, @yushadz, memaklumkan suami dan anak lelakinya sudah dibenarkan keluar dari pusat kuarantin tersebut.
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Iman sempat melambai-lambai ke arah drone yang memantau pesakit disana.