Pada zaman sekarang ini situasi di mana kanak-kanak bersama penggunaan gajet menjadi suatu pemandangan atau keadaan biasa yang boleh kita lihat di mana-mana jua. Malah, tidak hairan jika dikatakan hampir semua anak-anak mempunyai telefon pintar masing-masing.

Tanpa menolak kelebihan adanya teknologi terkini memberi kebaikan buat kita semua, namun penggunaannya haruslah diselia dan dikawal khususnya di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi ketika musim cuti sekolah ini, jangan pula sampai seharian anak-anak dibiarkan leka bermain gajet.

Tanpa kawalan, penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan dan akhirnya membawa kesan buruk kepada anak-anak.

Tidak mahu semua itu terjadi pada anak-anak, apa kata kita cuba alihkan perhatian anak-anak agar dapat memanfaatkan kreativiti, imaginasi dan ekspresi mereka dengan bermain LEGO.

5 kebaikan bermain LEGO

1.Melatih jiwa seni

Pemilihan warna dan hasil bangunan yang dibuat dapat melatih jiwa seni anak. Kita boleh nampak anak lebih cenderung meminati warna yang jenis terang atau suram.

2.Rangsang daya imaginasi

Anak akan jadi lebih kreatif da berimaginasi. Mereka akan berfikir blok lego yang manakah perlu digunakan untuk digabung.

3.Bentuk kemahiran berkomunikasi

IKLAN

Jika bermain bersama-sama dengan adik beradik yang lain atau dengan kawan, secara tidak langsung akan  berkomunikasi dan mereka mengemukakan idea. Dia juga belajar berkongsi barang dan menunggu giliran.

4.Latih kemampuan berbahasa

Kemampuan berbahasa anak juga akan lebih terlatih. Anak akan belajar perkataan dan faham erti ‘di atas’ , ‘di bawah’, ‘kecil’, ‘besar’, dan pelbagai lagi.

5.Pupuk sikap bertanggungjawab

Jadikan kebiasaan selepas main wajib kemas semua permainan LEGO. Ini secara tidak langsung boleh memupuk sikap bertanggungjawab dengan barang sendiri.

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

IKLAN

Nyata jika ingin disenaraikan  kelebihan bermain LEGO terlalu banyak. Jadi sekiranya sebelum ini anak anda hanya ada satu set LEGO, apa kata anda tambah lagi set LEGO yang sedia ada dengan pilihan antara 10 set yang paling popular menjadi pilihan kanak-kanak iaitu LEGO CITY, LEGO Technic dan LEGO Friends untuk membina impian anak-anak anda dalam bermain.

Manakala bagi anak-anak yang sukakan beberapa aksi, mereka boleh memilih untuk bermain menyesuaikan dan menyelesaikan jenayah dengan 60316 LEGO CITY Police Station, set 3 tingkat yang menampilkan kawasan latihan anjing polis serta butiran berinspirasikan cerita seperti kemungkinan pecah masuk penjara dengan menggunakan  trak sampah oleh penjahat; atau ingin membina bandar dengan Kren Mudah Alih LEGO CITY 60324 di mana kren pembinaan adalah seperti realiti yang anak-anak boleh lihat di jalan raya; atau buat keputusan taktikal dengan bermain set LEGO 42137.

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

Begitu juga anak-anak boleh bermain Technic Formula E® Porsche 99X Electric sama seperti pemandu kereta lumba menggunakan aplikasi realiti tambahan dan dua motor tarik ke belakang untuk melancarkan kenderaan.

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

IKLAN

 

Manakala bagi kanak-kanak yang sukakan pengembaraan, mereka boleh membuat percikan dengan 41720 LEGO Friends Waterpark yang menampilkan meriam air dan sotong berputar; atau luangkan masa sehari bermain sebagai seorang puteri di 43205 LEGO Disney Princess Ultimate Adventure Castle untuk menikmati keseronokan dan peluang bercerita yang tidak berkesudahannya.

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

Buat anak kecil yang menyayangi haiwan juga boleh meneroka pemandangan hidupan liar dengan 10974 LEGO DUPLO Wild Animals of Asia.

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

Kegemaran ramai yang lain termasuk 71403 LEGO Super Mario™ Adventures with Peach Starter Course, 71772 LEGO NINJAGO The Crystal King, 41957 LEGO DOTS Adhesive Patches Mega Pack dan 76206 LEGO Superheroes Iron Man Figure

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

Anak Tak Akan Bosan Cuti Sekolah Ni, Malah Kreativiti & Imaginasi Terserlah Bila Main Ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI