“Anak Tak Boleh Tinggal” Baru 2 Bulan Bersalin, Elisya Sandha Dah Mula Bersenam!

Share

Sememangnya dah menjadi azam ibu hamil apabila selesai bersalin, pasti akan pantang sebaiknya dan nekad untuk bersenam untuk kekalkan saiz tubuh seperti sediakala sebelum ini.

Tidak ketinggalan, pelakon jelita yang merupakan menantu kesayangan Sis Shiela Rusly, Elisya Sandha yang mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi satu video di laman Tiktoknya untuk tatapan pengikutnya.

“Me and my Bunga,” tulis adik kepada Fasha Sanda itu di ruangan kapsyen.

@elisyasandhaaa Me and my Bunga ❤️ #fyp #bungaelhaq ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Yang menjadi perhatian orang ramai, video yang dimuat naik itu terisi dengan konten Elisya  Elisya berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di kawasan perumahan dan melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang sedang nyenyak tidur.

Perbuatannya itu menjadi bualan di ruangan komen di mana ada yang terkejut Elisya yang baru sahaja dua bulan melahirkan Bunga secara pembedaha kini kembali aktif. Selain itu, ada juga yang terhibur melihat aksi Bunga yang lena tidur walaupun ibunya membawanya keluar berjalan.

Sekadar info, Elisya melahirkan Bunga pada 18 Jun 2022.

Imbas kembali, Elisya berkahwin dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.

Sumber : Tiktok Elisya Sandha

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

 

IKLAN