Anak Tak Makan Ikan Kerana Bau Hanyir, Atasinya Dengan 4 Cara Ini, Confirm Bau Tak Ada Lagi!

Share

Bukan semua orang suka makan ikan dalam hidangan setiap hari. Alasan terbesarnya pastilah rasa dan bau hanyir yang mematikan selera.

Ikan sebenarnya adalah makanan tinggi protin yang baik untuk kesihatan tubuh. Malah ikan juga membekalkan omega 3 yang baik untuk perkembangan otak, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Jadi rugilah jika tidak mengambil ikan dalam menu harian kita. Makan
ayam setiap hari pun boring juga.

Jadi usahakanlah sekali dalam seminggu untuk anda hidangkan ikan buat anak-anak. Soal hanyir sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah jika anda tahu akan caranya. Ini yang sepatutnya ibu-ibu tahu dan praktikan ketika memasak. Confirm anak makan bertambah.

Hilangkan Hanyir Dalam Sup
Sup ikan memang sedap tetapi jika salah percaturan bau ikan yang hanyir akan mengganggu rasa. Jika membuat sup menggunakan ikan, pastikan anda memasukkan beberapa sudu perahan limau nipis supaya sup tidak hanyir. Malah lebih sedap lagi.

Hanyir Lekat Pada Tangan


Ketika menyiang ikan, sekiranya hanyir ikan melekat ditangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan biarkan sekejap. Kemudian bilas seperti biasa. Confirm bau hanyir akan hilang.

Ketika Menyiang Ikan
Paling ketara ketika anda menyiang ikan. Ikan haruslah dibersihkan, dibuang perut dan dicuci bersih. Kemudian rendamkan dengan garam bersama air asam jawa. Biarkan direndam seketika kemudian barulah dibasuh bersih.

Cuci Dengan Limau
Selain menggunakan asam jawa, anda juga boleh memerap ikan dengan limau lipis bersama garam. Gaulkan rata dan biarkan sekejap. Kemudian barulah dibilas bersih.

Selepas Proses Beku
Ikan yang disimpan di dalam peti beku selalunya akan punya bau tersendiri. Sedikit hanyir. Sebaik dikeluarkan dari peti ais, rendam ikan dengan air susu atau air beras. Biarkan sehingga cair dan cuci bersih. Masaklah seperti biasa. Bau hanyir pun akan
hilang malah lebih manis rasanya.

Selamat mencuba!

 

 

IKLAN