Anak Tak Suka Makan Sayur. Kenalah Ibu Buat Cara Ni, Confirm Diratah-ratahnya!

Share

Berdepan dengan anak-anak yang tidak suka makan sayur seakan perkara biasa yang dihadapi oleh ibu-ibu. Apa yang pasti, pelbagai alasan diberikan oleh anak-anak kita apabila hidangan sayuran ini disuakan ke mulut mereka.

Katanya pahitlah, tak sedap, kalau makan nak termuntahla dan pelbagai alasan lain yang menyebabkan anak-anak ini terus ‘berjaya’ menghindarkan diri dari makan sayur.

Pun begitu, kita sebagai ibu sewajarnya cuba untuk mencari trik tertentu untuk memancing selera anak-anak agar dapat menerima rasa sayuran tersebut. Antara yang dilakukan oleh seorang ibu bernama Jastia Taza ini harus dicontohi. Jom semak apa yang dilakukannya.


Anak tak suka makan sayur?
Jom cuba menu macam ni, silap silap dengan mak dia sekali meratah sama.

Bendi celup tepung penuh kasIh sayang.

 

Bahan-bahan:

Tepung goreng Bestari, bendi, telur, serbuk lada hitam/lada putih dan serbuk cili

Cara penyediaan :

  1. Calup bendi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

 

2. Lumurkan dengan tepung goreng Bestari plastik kaler oren tu, depan belakang depan belakang sampai rata. Agak suka pedas boleh buh lada hitam ataupun serbuk cili campur sekali dalam tepung.

3. Masukkan dalam minyak yang sedia panas.

4. Biarkan bendi bertukar keperangan, boleh balik balikkan supaya masak sekata

5.siap. boleh ratah saja macam tu pun sedap jugak atau buat minum pepetang dengan teh o panas

Bila dah salut tepung, anak pun tak perasan warna hijau sayur tu. Makan saja pun boleh nak campur nasi pun sedap juga. Boleh share jika bermanfaat ya.

sumber : JastiaTaza

IKLAN