“Anak Yang Baik, Tak Menangis.” Ibu Meninggal Lepas Melahirkan, Foto Kucupan Terakhir Bayi Jentik Emosi. Sebak!

Share

Pengorbanan seorang ibu, sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat. Antara hidup dan mati, namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu meneka. Perginya ibu muda ini usai melahirkan bayinya baru-baru ini cukup meruntun jiwa

Baru-baru ini tular di laman Facebook AdEk Eyka yang memuat naik kisah kehilangan kakaknya, arwah Siti Aisyah Binti Zulkafli yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi sulung.

Dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata ibu muda ini dijemput bertemu Yang Maha Esa. Belum sempat si kecil menatap dan merasai kasih sayang seorang ibu, apa lagi seteguk susu ibu.

Di dalam perkongsian tersebut, wanita ini menceritakan semula momen yang cukup memilukan di saat pemergian kakaknya. Anak saudaranya itu sedikit pun tidak menangis dari awal sehingga urusan pengebumian selesai.
Masih terasa . Pergi meninggalkan Anak sulung .. Anak yg baik langsung Tak menangis pemergian ibunya sejak dilahirkan sehingga selesai urusan pengebumian ibunya .. Seolah olah faham supaya memudahkan urusan ibunya .. Mati syahid itu sudah pasti .

Menurut Eyka lagi, dia sempat membaca diari arwah namun enggan mendedahkan isi kandungannyakerana itu menjadi rahsia antaranya serta keluarga.
Apa yg buat aku terasa 1001 perasaan serbesalah bila terbaca buku diari arwah . Biarlah aku saja yg tahu apa yg ditulisnya.. Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air Mata darah sekali Pon takkan tebus rasa serbasalah aku..
Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020

Betul org kata ketika masih ada Tak menghargai Rasa biasa , bila sudah tiada baru terasa sejuta penyesalan. Penyesalan yang takda guna bila terkubur sekali rasa serba salah
Al-fatihah.

Alfatihah buat arwah Siti Aisya Zulkafli, semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Buat keluarga arwah, semoga tabah dan reda dengan ujian yang menimpa.

IKLAN