Apartment Kos Rendah Tampak Mewah! Makover Pintu Masuk Dan Tandas Guna Wallpaper Memang Cantik!

Share

Dulu, nak makeover rumah mesti melibatkan kos yang tinggi, siap panggil tukang untuk buat pemasangan. Namun kini, semua ini melibatkan bajet yang sedikit.

Dengan kemudahan pembelian atas talian, pada harga yang murah tentu kita dapat hiasa rumah dengan mudah.

Selalunya kita lihat makeover dapur, bilik atau tandas. Namun kali ini kita akan lihat makeover pintu masuk rumah. Memang nampak mewah walaupun bajet ciput.

Ikuti perkongsian ini.

Sedikit perkongsian deko budget yang saya buat untuk apartment kos rendah. Antara favourite part yang rasa macam saya buat dengan jayanya. Untuk pintu masuk. Ikot nafsu hati nak tukar pintu baru warna putih. Tapi bak kata admin, nak deko ukur poket suami hihi. Maklumlah, dah tak bekerja.


Maka, saya beli wallpaper foam untuk efek putih. Sign Assalamuaikum tu suami hadiahkan. Suprise. Tau2 balik, pintu rumah dah ada sign cantik

Tandas.
Antara tempat paling mula2 buat masa awal2 PKP. Guna wallpaper beli dekat shopee.2 gulung tak habis. Frame flush tu pon design sendiri, print sendiri & insert dalam frame ikea. Letak effect hijau2 sikit daun beli dekat shopee.

Bilik mandi 

Pilihan wallpaper

Saya beli dkt shopee yg 70cm x 70cm Satu bahagian (depan shj) guna 5 keping Sebaiknya. Potong kpd 2 column setiap keping (1 keping ada 6 column) Tampal yang menegak dulu, kemudian melintang.

Selamat mencuba!

Sumber: Fruzz Azzrn

 

IKLAN