“Arwah Ibu Belajar Masak Dengan Kawan Tionghua Masa Kerja Di Gudang Getah.” Wanita Ini Kongsi Resipi Mee Suah Arwah Ibu. Memang Sedap & Mudah.

Share

Hidangan yang berasaskan mee sering menjadi perhatian bagi yang suka hidangan yang mudah dan sedap.

Ia termasuk mee suah. Rasanya memang membangkitkan selera makan. Memang sedap!

Sebagaimana perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya, Ibu Zarah.

MEE SUAH POWER 
Ni masakan dari resepi aruah mak dulu. Katanya dia belajar dengan kawan bangsa tionghua masa bekerja digudang getah. Aruah mak ramai geng sekerja dari kaum india, cina dan benggali. Tak heranlah aruah mak boleh berbahasa hokkien sikit-sikit.


Dulu kalau mak masak mee suah ni berebut-rebut kami makan. Kalau ada yang tak sihat, biasanya mak akan hidang mee suah ni panas-panas. Makan sampai peluh-peluh dan terus telan cortal .
Mee suah ni tak perlu direbus atau dibasuh, dia macam kita masak maggi. Patah dua, terus masuk dalam kuah. Kacau- kacau sampai kembang, dah siappp!

Cara penyediaan:

2 bungkus ni boleh makan untuk 4 orang

Sediakan bahan-bahan

Udang kering, direndam, basuh dan tumbuk kasar

Cendawan dan batang celery yang dipotong-potong

Cili padi, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar

Mee suah yang dipatah dua

Sedikit minyak

Tumis bawang-bawang dan cili hingga naik bau

Masukkan udang kering

Masukkan air dalam 1.5 litre

Masukkan cendawan dan batang celery

Pecahkan dua biji telur, nak sebiji-sebiji pun boleh, nak hancur-hancur pun sedap

Masukkan mee suah, kacau selalu supaya tak berketul. Rasa dulu baru masukkan garam sebab ada mee suah yang dah bergaram. Kang termasin laa pulak

Hidangkan panas-panas. Kalau lambat makan nanti dia serap air dan tak berkuah. Sedapnya makan mee suah ni, orang sakit gigi pun boleh makan sebab dia lembut dan tak perlu kunyah sangat… sedut dan telan pun boleh

Selamat mencuba!

Sumber: Ibu Zarah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN