Seminggu dua ni di mana-mana sahaja mesti anda akan nampak permainan yang dipanggil latto-latto ni, sama ada orang sedang bermain atau menjual. Latto-latto ini merupakan permainan yang mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali.

Cara bermainnya melibatkan pemain menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

Walau bagaimanapun, permainan latto-latto ini sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.

MAINAN LATO-LATO BUAT ANAK KETAGIH, RUPANYA BAHAYA

Menurut beliau, terdapat satu kes kecederaan yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan akibat cedera bermain lato-lato. Kanak-kanak tersebut difahamkan lebam dan bengkak di bahagian batang hidung.

“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” ujarnya.

IKLAN

Perkara ini terjadi kerana sekiranya kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato tersebut, ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.

“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.

Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:

IKLAN

1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.

2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.

3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.

4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

IKLAN

Seperti mana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI