“Assalamualaikum Anak Merdeka. Meriah Issey & Isteri.” Timang Bayi Sulung, Issey  Fazlisham Teruja Sambut Baby Merdeka!

Share

Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi khabar gembira apabila bergelar ayah selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Khabar gembira itu dimuat naik  penyampai radio Gegar FM itu menerusi  laman Instagramnya.

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

Dalam pada itu, Issey turut memanjatkan kesyukuran dan menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti buat keluarga.

“Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak,” tulisnya.

Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.

IKLAN